Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Maklumat Peribadi Lebih 1 Juta Pelajar & Alumni Universiti Tempatan Dilaporkan Tertiris Atas Talian

Selain Perang Peluru Antara Ukraine Dan Russia, Penggodam Juga Sedang Hangat Berperang

Diterbitkan Februari 26, 2022 · Dikemas kini Februari 26, 2022 oleh ariff bukhari

Di era serba moden ini, perang bukan sahaja melibatkan perang senapang dan peluru, kereta kebal, pesawat pejuang atau kapal perang. Tetapi juga turut melibatkan serangan penggodaman ke atas sistem komputer kerajaan dan ketenteraan.

Itulah yang berlaku antara Ukraine dan Russia di mana perang antara penggodam yang memilih untuk menyebelahi antara 2 negara itu juga sedang sengit berlaku dalam talian di mana kedua-dua belah pihak sering menyerang antara satu sama lain.

Pasukan Respon Kecemasan Komputer Ukraine (CERT-UA), telah mengeluarkan amaran tentang cubaan penggodam upahan dari Belarus yang mensasarkan tentera mereka serta individu-individu tertentu menerusi e-mel.

Penggodam upahan itu dijejaki sebagai UNC1151 oleh CERT-UA.

Namun begitu, terdapat juga sekumpulan penggodam yang memberi sokongan ke atas Ukraine secara terang-terangan seperti kumpulan penggodam yang dikenali sebagai Anonymous collective.

https://twitter.com/YourAnonOne/status/1496965766435926039

Kumpulan penggodam ini telah melakukan serang ke atas Russia dan mendakwa telah berjaya menyerang laman sesawang milik kerajaan Russia serta tenteranya.

The #Anonymous collective has taken down the website of the #Russian propaganda station RT News.

— Anonymous (@YourAnonOne) February 24, 2022

Selain Anonymous, sebuah lagi kumpulan penggodam yang dikenali sebagai Ghost Security atau singkatannya GhostSec turut menyatakan sokongan mereka terhadap Ukraine dengan melakukan serangan DDoS ke atas laman sesawang tentera Russia.

Looks like #Ghostsec is also engaged in #OpRussia. The list of actors involved across #cyberspace continues to increase.#cybersecurity #threatintelligence #threatintel #ddos #Ukraine #RussiaUkraineWar #Russia #infosec pic.twitter.com/S2znsRqkiv

— CyberKnow (@Cyberknow20) February 25, 2022

Seperti semuda sedia tahu, Tentera Ukraine sedang berperang dengan Tentera Russia.

Perang yang disifatkan sebagai berat sebelah di mana Russia yang mempunyai kekuatan tentera jauh lebih hebat daripada Ukraine itu amat dibimbangi dunia kerana dikhuatiri ia boleh mencetuskan perang yang lebih besar sehingga berlakunya perang dunia ke-3.

Sumber: The Hacker News, ABC News

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY