Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sejumlah 41 Satelit Geely Kini Aktif Di Orbit Rendah Bumi

Sejumlah 41 Satelit Geely Kini Aktif Di Orbit Rendah Bumi

Diterbitkan September 19, 2025 oleh ariff bukhari

Pada 9 Ogos 2025 lalu, Geespace, anak syarikat Geely Holding Group telah pun berjaya melancarkan sebanyak 11 satelit GEESATCOM ke orbit rendah bumi (LEO).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan satelit Geely yang aktif setakat ini adalah berjumlah 41 buah satelit semuanya.

Pelancaran ini merupakan fasa keempat dalam projek “Geely Future Mobility Constellation” yang menyasarkan 72 satelit menjelang akhir tahun ini.

Satelit GEESATCOM direka untuk menyokong komunikasi internet kebendaan (IoT) bagi kenderaan, operasi maritim, dan mobiliti udara rendah.

Sejumlah 41 Satelit Geely Kini Aktif Di Orbit Rendah Bumi
Satelit Geely ini dihantar di kawasan Orbit Rendah Bumi (LEO) iaitu berada antara 160 dan 1,600 km di atas Bumi.

Dengan kadar kejayaan 99.15% dan ketersediaan rangkaian melebihi 99.97%, sistem ini menawarkan liputan global yang hampir menyeluruh, kecuali kawasan kutub.

Teknologi ini telah dikomersialkan melalui cip komunikasi dan modul kedudukan berketepatan tinggi yang kini digunakan dalam kenderaan Geely.

Di World Games 2025 Chengdu, Geely turut mempamerkan aplikasi praktikal satelit ini dalam pengurusan armada dan komunikasi kecemasan.

Melalui kerjasama dengan lebih 20 negara, Geely memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju dalam revolusi mobiliti pintar dan hijau.

Pelancaran ini bukan sahaja memperluas capaian teknologi, malah mempercepatkan transformasi industri automotif global ke arah masa depan yang lebih cekap dan selamat.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Pusat Data Awan Diluaskan Ke Angkasa, Sasar Kelajuan Sehingga 100 Gbps
  • Sistem Lampu Isyarat PJ Sentral Dan SS2 Kini Dipacu AI Dibangunkan CelcomDigi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY