Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Segala Berita Tentang OnePlus 5T Setakat Ini. Apa Berbezaan Dengan OnePlus 5

Segala Berita Tentang OnePlus 5T Setakat Ini. Apa Berbezaan Dengan OnePlus 5

Diterbitkan Oktober 31, 2017 · Dikemas kini November 2, 2017 oleh Haikel Areff

Seperti yang kita tahu, OnePlus sangat dikenali dengan gaya setahu satu peranti. Tetapi sejak tahun lepas, OnePlus memperkenalkan dua model dalam setahun iaitu OnePlus 3 dan OnePlus 3T.

Tahun ini pula mereka telah membawakan model OnePlus 5 dengan melangkau nombor 4 atas sebab yang anda sendiri pun tahu, adat orang cina, nombor 4 nombor yang malang.

Tahun lepas One Plus 3T dilancarkan pada 15 November, jadi ramai yang menjangkakan model baru untuk tahun ini juga akan dijadualkan pada masa yang sama iaitu mungkin antara 15 November ke 17 November.

Namun menurut satu imej tertiris yang disebarkan oleh laman GIZchina.it , dapat dilihat satu pengumuman OnePlus 5T melalui Amazonexclusive dan dinyatakan acara pelancarannya pada 16 November ini bersama tagline “Larger display. Same footprint”.

Segala Berita Tentang OnePlus 5T Setakat Ini. Apa Berbezaan Dengan OnePlus 5

Melalui tagline yang dinyatakan, kami menjangkakan OnePlus 5T tidak akan hadir dengan penambahan yang banyak jika dibandingkan dengan OnePlus 5.

Melihat daripada imej tertiris sehingga ke hari ini, OnePlus 5T bakal dimuatkan dengan paparan skrin 6 inci dengan resolusi 2160 x 1080 dan nisbah bingkai skrin 18:9 .

Dibawah kita dapat lihat imej yang disebarkan oleh seorang kaki tiris terkenal Evan Blass di akaun twitternya. Bingkai model baru ini nampak lebih nipis dengan paparan skrin yang lebih tinggi.

Segala Berita Tentang OnePlus 5T Setakat Ini. Apa Berbezaan Dengan OnePlus 5

Ini pula gambar render dari bahagian depan dan belakang . Pengimbas cap jari diletakkan dibahagian belakang peranti dengan logo diletakkan dibawah sensor. Sekali pandang nampak macam Oppo R11s.

Segala Berita Tentang OnePlus 5T Setakat Ini. Apa Berbezaan Dengan OnePlus 5

Dari segi spesifikasi, ianya mungkin datang dengan dua pilihan variasi, model 6GB, 64GB storan dan lagi satu 8GB, 128GB storan, sama seperti yang ditawarkan oleh OnePlus 5.

Ada juga laporan yang berkata OnePlus 5T akan ditambahkan dengan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu pada 3,450mAh berbanding 3,300mAh.

Kameranya juga mungkin diberikan penambahbaikkan dengan sensor 20MP+ 20MP telefoto berbeza dengan OnePlus 5 iaitu dengan 16MP(f/1.7) + 20MP(f/2.6).

Baru-baru ini CEO OnePlus Car Pei turut menayangkan satu imej yang didakwa diambil oleh OnePlus 5T dengan kapsyen “Cool Photo, must have come from a great camera”. Kita tengok je lah power tak power kamera dia nanti.

https://twitter.com/getpeid/status/923201137582501890

https://twitter.com/getpeid/status/925042536124522496

 

sumber: GizChina.it, Lowyat.net

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY