Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Sebuah Peranti Samsung Galaxy J7 Terbakar Semasa Dalam Penerbangan Pesawat Komersil

Posted on Oktober 23, 2017

Bagai tak berkesudahan masalah peranti yang terbakar dengan jenama Samsung ini. Selepas kejadian peranti Galaxy Note 7 yang terbakar tahun lepas, kini terdapat laporan mengenai peranti Samsung yang terbakar yang dilaporkan oleh Hindustan Times.

Peranti yang dimaksudkan adalah Samsung Galaxy J7 yang telah terbakar semasa dalam penerbangan Jet Airways dari Delhi ke Indore. Kejadian itu berlaku semasa kapal terbang tersebut sudah berada di udara selama 15 minit sebelum salah seorang penumpang menyedari akan kehadiran asap dalam kabin penumpang.

Kebakaran peranti tersebut berjaya dipadam dan tiada korban jiwa dilaporkan. Jurucakap dari Samsung India telah memberi respon dengan pihak Samsung sudah menghubungi pihak yang terlibat untuk menyiasat insiden tersebut dengan lebih teliti.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress