Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sebuah Lagi Peranti Snapdragon 865 Dilancarkan, Kini Giliran Vivo

Sebuah Lagi Peranti Snapdragon 865 Dilancarkan, Kini Giliran Vivo

Diterbitkan Mac 11, 2020 oleh Helmi Samsuri

Kita sudah memasuki bulan ketiga 2020 dan satu demi satu peranti dikuasakan Snapdragon 865 diperkenalkan pengeluar. Penawaran terbaru merupakan kemaskini daripada Vivo iaitu Vivo NEX 3S.

Dari segi tampilan luaran, ia mengekalkan rekaan sama seperti model Vivo NEX 3 yang dilancarkan dahulu iaitu skrin “air terjun” berukuran 6.89 inci. Dari jenis AMOLED, paparan dengan sisi melimpah itu mempunyai resolusi FHD+.

Kamera hadapannya masih terangkat dengan lensa 16MP. Bahagian belakang dibarisi kamera 64MP, 13MP ultra lebar dan 13MP telefoto.

Vivo NEX 3S 5G

Perbezaan antara NEX 3s yang terbaru ini dengan NEX 3 adalah dibahagian dalam. Sudah pasti flagship terbaru daripada Vivo ini menggunapakai cip Snapdragon 865.

Ia dipadankan dengan RAM LPDDR5 8GB/12GB serta storan 256GB yang berasaskan UFS 3.1. Mempunyai kapasiti bateri yang sama seperti model terdahulu iaitu 4500mAh, tetapi ia didatangkan dengan daya pengecasan pantas FlashCharge 44W.

Terdapat juga sokongan WiFi 6 dan bicu audio 3.5mm. Harga jualan Vivo NEX 3S 5G untuk pasaran China adalah 4998 yuan (~RM3046) dan 5298 yuan (~RM3229).

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY