Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
reddit iPhone 14 pro

Sebilangan Pengguna iPhone 14 Pro Lapor Masalah Skrin Dengan Garisan ‘Berkelip’

Diterbitkan Disember 22, 2022 · Dikemas kini Disember 22, 2022 oleh Amalina Athman

Sebilangan pengguna iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max kini dilapor menghadapi masalah dengan garisan bercahaya atau berkelip pada skrin apabila peranti dihidupkan.

Berkaitan

  • Kemas Kini iOS 16.2 Dilepaskan, Ini Sejumlah Ciri Baharu Yang Tersedia
  • Sokongan 5G Kini Hadir Untuk Pengguna iPhone Di Malaysia
  • iOS 16.2 Baik Pulih Lebih 30 Kerentanan Keselamatan, Disaran Kemas Kini Segera

Dalam satu thread di Reddit, beberapa pengguna melaporkan di mana terdapat satu atau lebih garisan berwarna hijau dan kuning pada skrin. Garisan itu mungkin berkelip pada skrin sebelum hilang beberapa saat kemudian.

Pengguna yang sama turut menyatakan pihak Apple memaklumkan kepada mereka bahawa isu itu bukan disebabkan oleh perkakasan. Sebaliknya, glitch yang menjejaskan iPhone 14 Pro dan Pro Max itu adalah berkaitan dengan perisian iOS.

Sebilangan Pengguna iPhone 14 Pro Lapor Masalah Skrin Dengan Garisan ‘Berkelip’
Sebilangan Pengguna iPhone 14 Pro Lapor Masalah Skrin Dengan Garisan ‘Berkelip’

Menurut pengguna di Reddit dan forum Apple Support (1, 2, 3), isu berkenaan bermula setelah kemas kini iOS 16.2 dilakukan, walaupun sebilangan daripadanya telah melaporkan masalah itu berlaku pada versi iOS sebelumnya.

Tidak dapat dipastikan jika masalah skrin tersebut hanya melibatkan model iPhone 14 Pro dengan panel skrin LG atau sebaliknya juga melibatkan panel Samsung. Buat masa ini, Apple dilapor dalam usaha untuk membuat tampalan perisian bagi isu berkenaan, namun tidak dinyatakan perincian mengenainya.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
©2026 WISER.MY