Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 16.2 Baik Pulih Lebih 30 Kerentanan Keselamatan, Disaran Kemas Kini Segera

iOS 16.2 Baik Pulih Lebih 30 Kerentanan Keselamatan, Disaran Kemas Kini Segera

Diterbitkan Disember 14, 2022 oleh Amalina Athman

Apple kini telah menyenaraikan lebih 30 kerentanan keselamatan yang dibaik pulih dalam kemas kini iOS 16.2 dan iPadOS 16.2.

Melalui dokumen diterbitkan, tampalan keselamatan penting melibatkan isu yang berkaitan Pemacu Grafik hingga ke Webkit, kernel, juga kerentanan dalam Safari, Weather, Photos dan lain-lain.

Berkaitan

  • Kemas Kini iOS 16.2 Dilepaskan, Ini Sejumlah Ciri Baharu Yang Tersedia
  • Sokongan 5G Kini Hadir Untuk Pengguna iPhone Di Malaysia

Walaupun tidak diketahui jika kerentanan yang disenaraikan telah dieksploitasi secara aktif, namun adalah penting untuk pengguna melakukan kemas kini, berikutan Apple telah pun mendedahkan kerentanan tersebut secara terbuka.

iOS 16.2 Baik Pulih Lebih 30 Kerentanan Keselamatan, Disaran Kemas Kini Segera

Tidak hanya iOS 16.2, Apple turut melepaskan kemas kini iOS 15.7.2 dan iPadOS 15.7.2 bagi tampalan keselamatan yang serupa untuk model iPhone yang tidak dapat menaik taraf ke iOS 16.2 seperti iPhone 7 Plus dan terdahulu.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
©2026 WISER.MY