Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sebahagian Pengguna Sudah Mula Terima Naik Taraf Unifi Turbo Lebih Awal

Sebahagian Pengguna Sudah Mula Terima Naik Taraf Unifi Turbo Lebih Awal

Diterbitkan Ogos 15, 2018 · Dikemas kini Ogos 15, 2018 oleh Helmi Samsuri

Pertengahan Julai yang lalu, Telekom Malaysia telah mengumumkan satu penawaran pelan jalur lebar baru dikenali sebagai Unifi 30Mbps.

Disamping itu, mereka turut menjanjikan naik taraf kelajuan pengguna sedia ada melalui Unifi Turbo tanpa mengenakan sebarang kos tambahan.

Baca juga – Tiada Lagi Bil Kertas Dari TM Bermula September Ini

Naik taraf tersebut dijadualkan bermula hari ini (15 Ogos 2018), tetapi berdasarkan laporan dari laman Lowyat.net, terdapat beberapa pengguna lebih awal menerima peningkatan kelajuan untuk jalur lebar yang dilanggan.

Bagi mengetahui sama ada anda sudah menikmati Unifi Turbo, anda boleh membuat ujian kelajuan menggunakan aplikasi Speed Test.

Selain itu, anda juga boleh menyemak didalam akaun dilaman sesawang TM atau, menerusi aplikasi care@unifi yang diperkenalkan pada awal bulan ini.

Paparan “Turbo Upgrade 2018” akan tertera pada akaun,  menandakan jalur lebar anda sudah menerima naik taraf kelajuan yang dijanjikan.

Difahamkan juga, notifikasi akan diberikan kepada pengguna melalui SMS dan e-mel.

Unifi Turbo menjanjikan peningkatan kelajuan pelan jalur lebar sedia ada seperti berikut:

  • 20Mbps dan kebawah – 100Mbps
  • 30Mbps – 300Mbps
  • 50Mbps – 500Mbps
  • 100Mbps – 800Mbps

Seperti yang diberitahu dahulu, pengguna Streamyx yang tinggal di kawasan yang menerima sambungan Unifi, internet anda juga akan dinaiktaraf ke Unifi secara percuma.

Jika tidak, anda akan menerima peningkatan kelajuan dua kali ganda berbanding yang sedia ada atau ke kelajuan maksimum yang menyokong tempat tinggal anda.

Baca juga – Tm Mohon Lebih Tempoh Untuk Pengurangan Harga Perkhidmatan Jalur Lebar

Sumber: Lowyat.net

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY