Tiada Lagi Bil Kertas Dari TM Bermula September Ini

Lanjutan daripada pengenalan aplikasi care@unifi yang dibuat pada minggu lalu, TM, semalam telah mengumumkan tiada lagi penawaran bil bercetak bermula September hadapan.



Pengebilan digital sudah mula digunapakai TM beberapa tahun lalu, dan kali ini ia akan dilaksanakan secara menyeluruh keatas setiap pengguna yang menggunakan perkhidmatan TM.

Pengguna dinasihatkan supaya mengemaskini maklumat untuk dihubungi seperti e-mel, atau nombor telefon bagi memudahkan e-Bill dihantar kepada anda.

Selain itu, e-Bill juga boleh diakses dari akaun Unifi anda dilaman sesawang TM atau menerusi aplikasicare@unifi.

Baca juga - Sebahagian Pengguna Sudah Mula Terima Naik Taraf Unifi Turbo Lebih Awal