TM Perkenalkan Aplikasi care@unifi, Memudahkan Anda Mengurus Akaun Unifi

Bagi memudahkan pengguna untuk menguruskan akaun unifi, terkini TM telah menampilkan satu aplikasi khusus digelar sebagai care@unifi.

Walaupun membawakan antaramuka yang hampir sama seperti halaman web, aplikasi care@unifi lebih mudah digunakan bagi anda untuk memantau status akaun, membuat bayaran bil mahupun memuat turun maklumat berkenaan pelan yang dilanggan.



Ia turut dilengkapi dengan ciri khidmat bantuan membolehkan anda berhubung dengan petugas sekiranya anda mempunyai sebarang masalah berkaitan dengan servis.

Ditawarkan untuk dua platform telefon pintar, bagi pengguna Android anda boleh muat turun dari Google PlayStore dan pengguna iOS boleh muat turun dari App Store.