Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
unifi 1gb percuma

TM Mohon Lebih Tempoh Untuk Pengurangan Harga Perkhidmatan Jalur Lebar

Diterbitkan Ogos 14, 2018 oleh Haikel Areff

Telekom Malaysia(TM) dikatakan telah memohon agar pihak kerajaan memberi mereka lebih masa untuk menurunkan harga langganan perkhidmatan jalur lebarnya. Perkara ini telah dilaporkan oleh pihak TheMalaysianReserve dalam satu laporannya yang bertarikh 13 Ogos.

Permohonan itu dibuat bagi membolehkan pihak mereka mengkaji dengan lebih terperinci bagi mencari jalan terbaik agar penurunan harga ini tidak akan menjejaskan kadar pendapatan mereka secara mendadak.

TM Mohon Lebih Tempoh Untuk Pengurangan Harga Perkhidmatan Jalur LebarKredit : TM Group

Pihak kerajaan sebelum ini telah mengumumkan penurunan harga MSAP(Mandatory Standard on Access Pricing) di mana ia akan memerlukan pembekal perkhidmatan jalur lebar untuk mengurangkan harga pakej yang ditawarkan kepada pengguna.

Penurunan harga itu perlu dilaksanakan seiring dengan janji yang telah dibuat oleh kerajaan melalui Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Gobind Singh Deo yang mahukan sambungan internet yang lebih murah dan pantas.

Perkara ini juga dijangka akan membenarkan lebih ramai rakyat yang berada di dalam kelompok B40 untuk menikmati perkhidmatan internet di negara ini. Ia selaras dengan kenyataan YB Menteri yang menegaskan akses internet merupakan salah satu daripada hak rakyat.

TM Mohon Lebih Tempoh Untuk Pengurangan Harga Perkhidmatan Jalur LebarKredit : FINAS

Sebelum ini, rakyat Malaysia telah dijanjikan dengan akses internet pada harga sehingga 25% lebih murah menjelang akhir tahun ini. Namun, andai kata rayuan TM ini diterima, maka perkara itu mungkin tidak akan dapat terlaksana dalam tempoh yang dijanjikan.

Langkah ini juga dilihat akan menjadi pemangkin kepada penyedia perkhidmatan internet lain seperti telco untuk menawarkan harga internet yang lebih rendah. Ia sekaligus akan memaksa TM untuk menurunkan juga cas perkhidmatan mereka bagi kekal bersaing walaupun hilang sebahagian daripada pendapatan mereka.

Sama-sama kita nantikan keputusan daripada pihak kerajaan berkenaan rayuan yang dikemukan oleh TM ini. Semoga keputusan yang dibuat dapat menghasilkan situasi menang-menang di antara rakyat/pengguna dan Telekom Malaysia sendiri.

 

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY