'Scalpers' Nak Jual GPU Tiada Pembeli, Nak Pulangkan Tiada 'Refund'

Sejak NVIDIA melancarkan RTX 4080 beberapa bulan lepas di barat, ramai individu tidak berkemampuan untuk membeli GPU tersebut.

Hal ini demikian kerana harga jualan rasminya pada USD1,200 (~RM5242.80) adalah terlalu mahal untuk majoriti individu. Oleh itu, stok RTX 4080 boleh dikatakan banyak yang tidak terjual dek kerana permintaan yang lemah.

 Scalpers Adalah Golongan Paling Terkesan


Scalpers are struggling to sell the RTX 4080 above MSRP, but retailers won't let them return the cards

Pada awalnya, ramai scalpers berpendapat GPU siri RTX 4000 ini adalah sama dengan siri-siri sebelum ini di mana ia sukar untuk didapati dan dalam jumlah yang terhad.

{suggest}

Sayangnya kerana sangkaan mereka meleset kerana stok RTX 4080 berlambak-lambak tidak terjual di eBay. Malahan, GPU itu juga dijual pada tanda harga biasa dan rasminya.

Tidak Dapat Dijual Kepada Pembeli Dan Tiada Bayaran Balik Daripada Pembekal




Harga rasmi jualan RTX 4080 adalah USD1,200 dan si scalpers bertindak menjualnya pada harga 3 ke 4 kali lebih mahal daripada biasa.

https://twitter.com/3DCenter_org/status/1598613631217766400?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1598613631217766400%7Ctwgr%5E9bdf894fcac357247b5478d6fee6f377956e42f0%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.techspot.com%2Fnews%2F96837-scalpers-struggle-sell-rtx-4080-above-msrp-but.html

Akibatnya, ramai di antara mereka terpaksa menanggung kerugian dek kerana GPU tersebut tidak terjual. Lebih mengeruhkan lagi, mereka tidak dapat sebarang bayaran balik jika ingin memulangkan semula lambakan GPU tersebut kepada pembekal.

Sumber: Techspot