Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apple launching iphone

Apple Sekali Lagi Menerajui Perlindungan Data Pengguna, Perkenalkan 3 Ciri Baharu

Diterbitkan Disember 8, 2022 oleh ariff bukhari

Apple hari ini mengumumkan 3 ciri keselamatan canggih yang memberi tumpuan kepada melindungi data penggunanya daripada ancaman.

iMessage kini dilengkapi dengan ciri Pengesahan Kunci Kenalan (Contact Key Verification) di mana pengguna boleh mengesahkan bahawa mereka berkomunikasi hanya dengan siapa yang mereka inginkan.

Apple Sekali Lagi Menerajui Perlindungan Data Pengguna, Perkenalkan 3 Ciri Baharu
iMessage Contact Key Verification membolehkan pengguna mengesahkan bahawa mereka berkomunikasi hanya dengan siapa yang mereka maksudkan.

Ciri kedua yang diperkenalkan adalah ciri Kekunci Keselamatan (Security Key) untuk Apple ID yang membolehkan pengguna produk-produk Apple  mempunyai pilihan untuk mendaftar masuk ke akaun Apple ID mereka.

Apple Sekali Lagi Menerajui Perlindungan Data Pengguna, Perkenalkan 3 Ciri Baharu
Security Keys untuk Apple ID menyediakan pengguna pilihan untuk memerlukan kunci keselamatan fizikal bagi mendaftar masuk ke akaun Apple ID mereka.

Ciri ketiga yang diperkenalkan adalah ciri Perlindungan Data Lanjutan untuk iCloud (Advanced Data Protection) yang menggunakan penyulitan hujung ke hujung untuk menyediakan tahap keselamatan data awan Apple pada tahap tertinggi.

Pengguna mempunyai pilihan untuk melindungi data iCloud yang penting, termasuk iCloud Backup, Photos, Notes dan banyak lagi.

 

Apple Sekali Lagi Menerajui Perlindungan Data Pengguna, Perkenalkan 3 Ciri Baharu
Advanced Data Protection untuk iCloud kini menggunakan penyulitan hujung ke hujung untuk menyediakan tahap keselamatan data awan tertinggi kepada pelanggan Apple.

Ciri iMessage Contact Key Verification dan Security Keys untuk Apple ID akan tersedia kepada semua pengguna Apple di seluruh dunia pada awal 2023 akan datang.

Manakala ciri Advanced Data Protection untuk iCloud pula sudah tersedia untuk pengguna Apple di AS yang mendaftar dengan Apple Beta Software Program.

Ciri ini juga akan tersedia kepada semua pengguna Apple di seluruh dunia bermula awal tahun hadapan.

Berkaitan

  • Beli Alat Ganti Tulen Dari Kedai Apple Dan Pasang Sendiri Kini Jadi Realiti Di 8 Negara
  • Hati-Hati Dengan Panggilan Telefon Menyamar Sebagai Pegawai Jabatan Perlindungan Data Peribadi
  • Microsoft Akan Bawa Call of Duty Ke Nintendo Untuk 10 Tahun

Sumber: Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
©2026 WISER.MY