Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Vision Pro_

Apple Vision Pro Akan Tersedia Di Amerika Syarikat Bermula Awal Februari

Diterbitkan Januari 9, 2024 ยท Dikemas kini Januari 9, 2024 oleh Amalina Athman

Setelah lebih enam bulan diperkenal, Apple hari ini mengumumkan Apple Vision Pro akan tersedia di semua lokasi Apple Store dan Apple Store dalam talian di Amerika Syarikat (AS) bermula 2 Februari 2024.

Berkaitan

  • Apple Vision Pro - Cip M2, Paparan 23 Juta Piksel Dengan Harga ~RM16,000

Imbas kembali, Vision Pro dilengkapi dua skrin mikro-LED dengan 23 juta piksel, untuk setiap mata. Ia dikuasakan cip pemproses M2 dengan cip R1 yang memproses input daripada 12 kamera, lima penderia dan enam mikrofon. Vision Pro menggunakan sistem pengesahan Optic ID yang menganalisis iris pengguna bagi membuka kunci peranti ini.

Vision Pro_2

Set kepala ini akan tersedia pada harga bermula $3,499 (~RM16,275) untuk 256GB storan. Prapesan dibuka dua minggu lebih awal, iaitu pada 19 Januari, jam 5.00 pagi PT.

Selain itu, Apple turut mendedahkan harga untuk ZEIS Optical Inserts yang boleh didapati dengan pembelian berasingan. Readers akan tersedia pada harga $99 (~RM460), manakala Prescription berharga $149 (~RM693).

Apple Vision Pro Akan Tersedia Di Amerika Syarikat Bermula Awal Februari

Apple berkata Vision Pro didatangkan dengan Solo Knit dan Dual Loop Band, bagi memberikan dua pilihan kepada pengguna mengikut keselesaan mereka. Sebagai tambahan, ia turut menyertakan Light Seal, dua kusyen Light Seal, penutup bahagian hadapan Vision Pro, kain penggilap, bateri, kabel pengecas USB-C dan USB-C Power Adapter.

Buat masa ini, Apple Vision Pro hanya akan tersedia di AS sahaja. Untuk pasaran global, ia akan tersedia kemudian – berkemungkinan sebelum akhir tahun ini.

Sumber: Apple Newsroom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY