Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP

Satelit Canggih AS-India Sedia Pantau Bumi Dari Angkasa

Diterbitkan Julai 30, 2025 oleh Amsyar Latif

Satelit NISAR (NASA-ISRO Synthetic Aperture Radar), hasil kerjasama antara Amerika Syarikat dan India, dijadual dilancarkan dari Pusat Angkasa Satish Dhawan menggunakan roket GSLV milik ISRO.

Satelit sebesar trak pikap ini bertujuan memantau perubahan halus permukaan Bumi seperti pergerakan tanah, pencairan ais, dan kerosakan infrastruktur, serta meramalkan bencana seperti gempa bumi, tanah runtuh, gunung berapi, dan kebakaran hutan.

Dilengkapi antena berdiameter 12 meter dan menggunakan radar dwifrekuesi (L-band dan S-band), NISAR mampu mengesan perubahan sekecil satu sentimeter dan akan mengimbas hampir seluruh daratan dan ais Bumi dua kali setiap 12 hari dari ketinggian 747 kilometer.

NASA membiayai sekitar $1.2 bilion manakala ISRO menyumbang $90 juta, dengan komponen dibina secara berasingan dan diuji bersama di Bengaluru.

Pelancaran ini mencerminkan kemajuan besar India dalam bidang angkasa, termasuk kejayaan ke Marikh pada 2014, pendaratan di Bulan pada 2023, serta penghantaran angkasawan Shubhanshu Shukla ke Stesen Angkasa Antarabangsa, sebagai persediaan untuk misi berawak Gaganyaan pada 2027.

Berkaitan

  • China Lancar 12 Satelit AI, Mulakan Projek Superkomputer Di Angkasa
  • Ribut Solar Jejaskan Satelit Starlink, Jatuh Ke Bumi Lebih Awal - NASA
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY