Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ribut Solar Jejaskan Satelit Starlink, Jatuh Ke Bumi Lebih Awal – NASA

Posted on Jun 3, 2025Jun 3, 2025

Ribut geomagnetik yang berpunca daripada matahari didapati telah menyebabkan satelit Starlink milik Elon Musk jatuh ke Bumi lebih cepat daripada jangkaan, menurut kajian NASA.

Pakar NASA mendapati bahawa aktiviti matahari yang tinggi memanaskan atmosfera Bumi dan menambah geseran terhadap satelit, terutamanya yang berada di orbit rendah seperti Starlink.

Ini menyebabkan satelit-satelit itu jatuh ke Bumi lebih awal daripada sepatutnya.

Dapatan kajian ini diperoleh ketika matahari berada di fasa paling aktif dalam kitarannya selama 11 tahun yang dikenali sebagai “solar maksimum”.

Kajian ini juga adalah yang pertama memberikan bukti yang kukuh tentang kesan aktiviti geomagnetik terhadap daya tarikan orbit dan kemasukan semula lebih daripada 500 satelit serupa, khususnya kapal angkasa Starlink milik SpaceX.

Mengambil contoh insiden yang berlaku pada Februari 2022 lalu, sejumlah 49 satelit Starlink telah jatuh ke Bumi selepas dilancarkan, dipercayai akibat daripada ribut geomagnetik kecil.

Kini terdapat lebih 7,000 satelit Starlink sedang mengelilingi Bumi, dengan SpaceX bercadang menambah sehingga 30,000 satelit lagi.

Setiap satelit hanya bertahan kurang daripada 5 tahun sebelum terbakar semasa memasuki semula ruang atmosfera Bumi. Tetapi ribut geomagnetik boleh menyebabkan ia terbakar 10 hari lebih awal dari biasa.

NASA juga memberi amaran bahawa kejatuhan awal ini boleh menyebabkan ada bahagian satelit tidak terbakar sepenuhnya dan sampai ke permukaan Bumi, seperti yang berlaku pada Ogos 2024 apabila serpihan satelit dijumpai di sebuah ladang di Kanada.

{suggest}

Sumber: The Independent

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress