Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sarawak Negeri Pertama Di Malaysia Laksanakan Sistem Pembayaran Tanpa Tunai

Sarawak Negeri Pertama Di Malaysia Laksanakan Sistem Pembayaran Tanpa Tunai

Diterbitkan November 16, 2017 ยท Dikemas kini November 16, 2017 oleh Helmi Samsuri

Sarawak kini maju selangkah dengan pengenalan sistem pembayaran tanpa tunai, Sarawak Pay, yang dilancarkan semalam.

Menerusi Sarawak Pay, pembayaran adalah dibuat melalui dompet elektronik (e-Dompet), kad kredit atau perbankan internet. Dengan kehadiran sistem ini, ia menjadikan Sarawak negeri pertama di dalam Malaysia yang melaksanakannya.

Buat masa sekarang, tambah nilai untuk e-Dompet itu terhad kepada RM200 sepertimana yang dibenarkan oleh Bank Negara. Menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Openg, kerajaan negeri akan memohon kepada Bank Negara untuk meningkatkan lagi baki maksimum kepada RM1500 pada tahun hadapan.

Fungsi “Imbas dan Bayar” ini boleh digunakan untuk pembayaran bil elektrik, air, saman dari majlis tempatan dan juga beberapa hotel di negeri tersebut.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Pesawat Angkasa Boleh Guna Semula Generasi Baharu Bersedia Untuk Misi Sulung Pada 2027
  • Maxis Tawar Perlindungan Max Secure Percuma 30 Hari, Langganan Bermula RM5/30 Hari
  • Pelajar UniMAP Bangunkan Kereta Lumba Berkuasa Elektrik, Bakal Ke Finale NxGV Challenge 2026
  • GPT-6.2 Sol Kini Dalam 'Tab Chat' ChatGPT
  • Apple Dilapor Kembali Dengan Product(RED), HomePod mini 2 Bakal Hadir Dalam Warna Merah
  • England Lancar Kajian Saringan Kanser Payudara Berbantukan AI Terbesar Di Dunia
  • Kerajaan Tidak Bercadang Wujudkan Syarat Lesen Khas Untuk Penyedia Permainan Dalam Talian
©2026 WISER.MY