Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Samsung Tingkatkan Lagi Pengalaman Permainan 3D ‘The First Berserker: Khazan’

Posted on Februari 3, 2025Februari 3, 2025

Samsung Electronics mengumumkan kerjasama dengan pembangun permainan Nexon Korea dan Neople untuk menghasilkan pengalaman permainan 3D baharu menerusi judul permainan The First Berserker: Khazan.

Permainan ini dibangunkan dengan teknologi Samsung yang memanfaatkan keupayaan canggih monitor Odyssey 3D bagi mencipta pengalaman permainan yang lebih imersif.

Melalui kerjasama ini, pasukan pembangunan menyesuaikan elemen 3D berdasarkan watak, latar belakang, dan sinematik dalam permainan, memberikan kawalan yang lebih tepat terhadap kesan 3D.

Ini membolehkan mereka menghidupkan visi kreatif dengan lebih terperinci.

Samsung turut mempamerkan monitor permainan Odyssey 3D (model G90XF) 27” di CES. yang menawarkan pengalaman 3D tanpa perlukan cermin mata 3D berasingan.

Dengan menetapkan jarak fokus untuk kesan 3D secara individu, mereka juga mengurangkan masalah crosstalk (pertindihan visual) sambil meningkatkan kejelasan pertempuran bos yang epik dan adegan sinematik.

Menerusi The First Berserker: Khazan di monitor Odyssey 3D, Samsung merancang untuk memperluaskan kolaborasi dengan syarikat permainan premium lain di seluruh dunia.

The First Berserker: Khazan ialah permainan aksi RPG yang membolehkan pemain menghayati perjalanan legenda Khazan dalam dunia Dungeon & Fighter Universe.

Permainan ini akan dilancarkan secara global pada 28 Mac hadapan, manakala monitor Odyssey 3D, yang diperkenalkan di CES 2024 dan telah merangkul anugerah Best of Innovation, akan tersedia di pasaran pada April 2024.

{suggest}

Sumber: Siaran media Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress