Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CES2025_Samsung New Monitors 1

Samsung Melancarkan Monitor ‘Gaming’ OLED 27 Inci 4K Pertama Dunia Di CES 2025

Diterbitkan Januari 6, 2025 · Dikemas kini Januari 6, 2025 oleh ariff bukhari

Samsung Electronics memperkenalkan barisan monitor 2025 terbaru iaitu siri Smart Monitor, Odyssey Gaming Monitor dan ViewFinity Monitor yang akan dipamerkan pada acara First Look di CES pada 5 Januari.

Menerusi Model Smart Monitor M9 baharu ini, ia menawarkan ciri kecerdasan buatan AI Picture Optimizer dan 4K AI Upscaling Pro yang meningkatkan pengalaman hiburan dan interaktiviti pengguna melalui penyesuaian gambar pintar dan fungsi carian termaju.

2025 Smart Monitor M9(M90SF)_Front
Smart Monitor M9 (M90SF). Ia menampilkan skrin OLED 4K 32” dengan VESA DisplayHDR™ True Black 400.

Siri Monitor Permainan Odyssey pula memperkenalkan Odyssey OLED G8 dan G6 baharu yang memberikan prestasi dalam saiz baharu yang disesuaikan untuk pemain.

2025 Odyssey G6(G60SF)_Front
Odyssey OLED G6 (model G60SF) adalah skrin OLED pertama Samsung dengan kadar segar semula 500Hz pada skrin QHD (2,560 x 1,440).
2025 Odyssey G8(G81SF)_Front
Odyssey OLED G8 (model G81SF) ialah monitor permainan OLED 27” 4K (3,840 x 2,160) pertama di dunia.
2025 Odyssey 3D(G90XF)_Front
Samsung turut mempamerkan monitor permainan Odyssey 3D (model G90XF) 27” di CES. yang menawarkan pengalaman 3D tanpa perlukan cermin mata 3D berasingan.

Samsung ViewFinity S8 (Model S80UD) pula adalah monitor 4K 37” 16:9 yang menjadikannya model monitor terbesar dalam kategorinya setakat ini yang direka untuk memaksimumkan produktiviti.

2025 ViewFinity S8(S80UD)

Hoon Chung, Naib Presiden Eksekutif Visual Display Business di Samsung, menyatakan bahawa barisan monitor baharu ini akan memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk menikmati kandungan dengan cara baharu, hasil keupayaan AI dan pelbagai saiz yang ditawarkan.

Barisan monitor terbaru Samsung ini belum diumumkan harga jualannya buat masa ini yang mungkin akan diumumkan pada acara CES 2025 nanti yang akan berlangsung dari 8 hingga 11 Januari 2025.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • MSI Perkenal Monitor 'Gaming' QD-OLED 27" QHD 500Hz
  • Muat Turun 'Game' Perang Berharga Hampir RM180 Ini Sementara Percuma Sekarang
  • Apple Malaysia Tawar AirPods 4 Edisi Istimewa Berharga RM829

Sumber: Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Perjelas Larangan Waze Untuk Penjawat Awam - Ini Yang Perlu Diketahui
  • Cara Hidupkan Pengesahan Dua Langkah (2FA) WhatsApp, Langkah Demi Langkah
  • Leica Lancar Kamera Q3 43 Edisi Formula 1, Harga RM40,290
  • Gentari, BYD Kerjasama Bawa Teknologi Flash Charging Ke Malaysia
  • Anthropic Dilapor Rugi AS$80.7 Bilion, AS$72 Bilion Daripadanya Caj Perakaunan
  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun
  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
©2026 WISER.MY