Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SFT_0013 1

‘Samsung Solve for Tomorrow’ Kembali, Pelajar Dan Sekolah Berpeluang Menang Hadiah Bernilai RM30 Ribu

Diterbitkan Ogos 29, 2023 · Dikemas kini Ogos 29, 2023 oleh ariff bukhari

Samsung Malaysia kembali menganjurkan pertandingan ‘Samsung Solve for Tomorrow’ dengan kali ini bertemakan ‘Start with Can‘.

Pertandingan ini adalah usaha kerjasama antara Samsung Malaysia dan Pusat STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) Universiti Malaya, menekankan penyelidikan, analisis dan kerja berpasukan yang direka khusus untuk pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 untuk semua sekolah menengah kebangsaan di seluruh negara.

“Program ini memupuk generasi seterusnya yang berinovatif dan berupaya menyelesaikan masalah, demi masa depan yang cerah untuk masyarakat kita.” Dato’ Roh Jae Yeol, Pengarah Hubungan Korporat, Samsung Malaysia Electronics.

Solve for Tomorrow

Fokus untuk tema tahun 2023 ini adalah kepada 3 isu sosial kritikal: –

  1. ‘Pendidikan & Pembelajaran’ – memberi fokus kepada halangan dan cabaran terhadap akses peluang pendidikan yang sama;
  2. ‘Alam Sekitar & Kelestarian’ – kekal sebagai keutamaan, menekankan keperluan mendesak untuk melindungi bumi kita dan;
  3. ‘Kesihatan & Kesejahteraan’ – fokus sosial di tahun 2023 menjadikan kepentingan mempromosi kesejahteraan fizikal dan mental keutamaan dalam komuniti masyarakat.

Setiap kumpulan yang terdiri daripada 3 pelajar perlu menghuraikan masalah yang mahu diselesaikan dan menerangkan bagaimana STEM membantu menangani masalah tersebut.

Penerangan pula adalah terhad kepada 1000 patah perkataan sahaja.

Samsung Malaysia dan Universiti Malaya akan menilai berdasarkan beberapa kriteria, seperti perkaitan isu, kreativiti, kebolehlaksanaan idea, aplikasi STEM, dan pembentangan penyelesaian yang inovatif.

Penyertaan yang dipilih akan diumumkan di laman sesawang rasmi Samsung Malaysia’s Solve for Tomorrow pada bulan September nanti di mana peserta terpilih akan mendapat bantuan daripada mentor dan pakar untuk meningkatkan idea dan mencipta prototaip mereka sendiri menerusi bengkel Design to Win Workshop.

Pemenang akan dipilih melalui proses pemilihan kompetitif pada Disember 2023 dan berpeluang membawa pulang hadiah berikut:

  • Hadiah Pertama: Produk Samsung bernilai sehingga RM12,000 kepada pihak sekolah dan RM6,000 setiap peserta.
  • Hadiah Kedua: Produk Samsung bernilai sehingga RM10,000 kepada pihak sekolah dan RM5,000 setiap peserta.
  • Hadiah Ketiga: Produk Samsung bernilai sehingga RM8,000 kepada pihak sekolah dan RM4,000 setiap peserta.
  • Hadiah Saguhati: Dua kumpulan akan menerima produk Samsung bernilai sehingga RM4,500 kepada pihak sekolah dan RM700 setiap peserta.

‘Samsung Solve for Tomorrow’ Kembali, Pelajar Dan Sekolah Berpeluang Menang Hadiah Bernilai RM30 Ribu

Pendaftaran untuk menyertai Solve for Tomorrow sudah pun dibuka, peserta mempunyai masa sehingga 22 September 2023 untuk menghantar penyertaan mereka.

Untuk info lanjut mengenai Solve for Tomorrow, layari https://www.samsung.com/my/solvefortomorrow/2023/

Berkaitan

  • Ini Mungkin Rekaan Galaxy S24 Ultra Dengan Skrin Rata
  • Tak Banyak Beza, Mungkin Ini Rupa Xiaomi 13T
  • Kuo: iPhone 15 Pro Max Dijangka Jadi Model Paling Laris

Sumber: Siaran media Samsung

(Beli pelbagai produk Samsung di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY