Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
prototaip Galaxy Fold6

Ini Mungkin Rekaan Galaxy S24 Ultra Dengan Skrin Rata

Diterbitkan Ogos 28, 2023 · Dikemas kini Ogos 28, 2023 oleh Amalina Athman

Ura-ura sebelum ini mengatakan rekaan siri Galaxy S24 mungkin diperbaharui, dengan tiada lagi skrin melengkung. Dalam spekulasi terkini, ia telah memperlihat prototaip yang dipercayai akan digunakan untuk rekaan Galaxy S24 Ultra kelak.

Berkaitan

  • Sebab Kenapa Telefon Ini Berbaloi Untuk Bajet Bawah RM1500
  • 200MP Belum Cukup, Samsung Didakwa Akan Hasilkan Sensor 440MP
  • Rekaan Siri Galaxy S24 Mungkin Diperbaharui, Tiada Lagi Skrin Lengkung

Menerusi platform X, peniris terkenal Ice Universe telah berkongsi salah satu rekaan prototaip Galaxy Fold6. Menurutnya, bingkai serta bahagian radian dan bawah yang rata bagi prototaip itu adalah persis konsep rekaan S24 Ultra.

Tell you a good news,My S24 Ultra rendering has been confirmed by the supply chain. If you are still not impressed with S24 Ultra, you can watch this video, which is one of the prototype designs of Fold6. Its middle frame, flat bottom and radian are exactly the same as the design… pic.twitter.com/knhBs3m7hN

— I'm back! (@UniverseIce) August 28, 2023

Selain itu, Ice Universe menyatakan Galaxy S24 Ultra akan dilengkapi skrin rata berukuran 6.78-inci dengan resolusi 3120 x 1440p dan nisbah skrin 19.5:9. Peranti ini juga dikatakan bakal hadir dengan sokongan maksimum kecerahan sehingga 2,500 nit.

19.5:9

— I'm back! (@UniverseIce) August 28, 2023

Tambahnya, jika benar S24 Ultra akan hadir dengan rekaan sedemikian, berkemungkinan Galaxy Fold6 juga akan membawa rekaan yang serupa, seperti yang dikongsi dalam video.

Untuk pelancaran, Galaxy S24 Ultra dijangka akan diperkenal bersama-sama dengan Galaxy S24 dan S24+ pada suku pertama 2024.

  • Beli produk Samsung di Shopee: https://invl.io/cljok7o
  • Beli produk Samsung di Lazada: https://invol.co/cljok7i

Sumber: Ice Universe

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY