Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Galaxy Fold7 Ultra_

Samsung Sahkan Kehadiran Telefon Lipat Versi “Ultra”

Diterbitkan Jun 4, 2025 · Dikemas kini Jun 4, 2025 oleh Amalina Athman

Desas-desus mengenai varian “Ultra” untuk siri Fold sebenarnya sudah lama diperkatakan. Kini, Samsung akhirnya mengesahkan kehadiran telefon boleh lipat yang membawa penjenamaan tersebut.

Walaupun nama rasmi masih belum diumumkan, teaser yang dikongsikan memberi petunjuk ia adalah model lipat gaya buku. Besar kemungkinan peranti ini akan dikenali sebagai Galaxy Z Fold Ultra atau Galaxy Z Fold7 Ultra.

Galaxy Fold7 Ultra_2
Galaxy Fold7 Ultra_1

Teaser itu turut memperlihatkan rekaan yang sangat nipis, malah lebih nipis daripada Z Fold6 yang mempunyai ketebalan 5.6mm apabila dibuka.

Dari segi spesifikasi, Samsung memberikan gambaran peranti ini akan dilengkapi dengan keupayaan kamera lebih baik serta ciri Galaxy AI yang direka khusus untuk peranti boleh lipat. Sebelum ini, Samsung juga mengesahkan peranti lipat akan datang bakal menjadi yang pertama dilancarkan dengan One UI 8.

Acara Galaxy Unpacked seterusnya dijadualkan berlangsung pada musim panas ini, dijangka sekitar Julai. Sehingga itu, nantikan pengumuman rasmi mengenainya tidak lama lagi.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Samsung Galaxy S25 Edge Rasmi - Slim Tapi Berkuasa
  • Samsung Dilapor Akan Guna Teknologi Bateri Seperti iPhone
  • Selamat Tinggal Bahan Pendingin: Teknologi Penyejukan Baharu Samsung Mungkin Ubah Masa Depan Peti Ais

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY