Samsung hari ini secara rasmi melancarkan Galaxy S25 Edge, sebuah telefon pintar ultra-nipis hanya 5.8mm tebal dan berbadan titanium, menjadikannya antara peranti paling premium, nipis dan ringan pernah dihasilkan dalam siri Galaxy S.
Model ini menampilkan kamera 200MP lebar dengan Nightography, 12MP ultra lebar, 12MP swafoto, paparan 6.7-inci QHD+ AMOLED 2X dengan Corning Gorilla Glass Ceramic 2 dan cip pemprosesan Snapdragon 8 Elite, sama seperti model Galaxy S25 lain.
Telefon ini juga menyokong Galaxy AI sepenuhnya, membolehkan pengguna menikmati ciri seperti Audio Eraser, Drawing Assist, dan ProScaler AI yang memberikan peningkatan imej dan suntingan yang pintar terus dari peranti.
Dengan berat hanya 163g, bateri 3,900 mAh dan pengecasan pantas, Galaxy S25 Edge membawa prestasi kelas andalan dalam reka bentuk kompak.
Lain-lain adalah termasuk penarafan IP68, menjalankan One UI 7 berasaskan Android 15, Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4 dan konfigurasi 12GB RAM dan storan sehingga 512GB.
Samsung Galaxy S25 Edge hadir dalam warna Titanium Silver, Jetblack dan Icyblue, Galaxy S25 Edge bakal menarik perhatian pengguna yang inginkan gaya tanpa mengorbankan prestasi.
Harga jualan adalah bermula USD1,099 (~RM4,719) dan belum diketahui lagi bila ia akan tersedia di pasaran Malaysia.
{suggest}