Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Galaxy S25 Menang Anugerah Kitar Semula Antarabangsa – Ini Apa Yang Buatkan Ia Layak

Samsung Dilapor Akan Guna Teknologi Bateri Seperti iPhone

Diterbitkan Mei 19, 2025 oleh ariff bukhari

Dalam usaha untuk mengatasi isu bateri mereka yang dikritik pengguna sejak sekian lama, Samsung dilaporkan sedang merancang untuk menggunakan teknologi bateri yang dikenali sebagai SUS CAN (Steel Use Stainless) dalam telefon masa hadapan.

Teknologi itu adalah berbeza dengan teknologi Silicon Carbon (SiC) yang baru-baru ini mula banyak digunakan oleh syarikat-syarikat telefon pintar China.

Teknologi SUS CAN dilaporkan bukan sahaja berpotensi meningkatkan kapasiti bateri dan mempercepatkan masa pengecasan, tetapi turut menyelesaikan isu bateri kembung yang biasa berlaku pada telefon Samsung Galaxy.

Walaupun keluli tahan karat kurang efisien dalam pelesapan haba berbanding aluminium, tapi lebih tahan karat dan kukuh.

Ia juga memudahkan proses penggantian bateri, sejajar dengan peraturan EU yang menekankan keupayaan membaiki peranti.

Bateri iPhone 16 Pro Max
Teknologi SUS CAN sudah digunakan oleh Apple sejak pelancaran iPhone 16 Pro Max. Kredit: iFixit.

Buat masa ini, belum jelas bila Samsung akan menggunakannya secara rasmi, namun ada kemungkinan ia akan diperkenalkan dalam siri Galaxy S26 yang dijangka dilancarkan awal tahun depan.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • CUKTECH Bawa Masuk 'Power Bank' 120W Ada skrin – Cas Xiaomi 14 Pro Penuh Dalam 18 Minit
  • PCIe Gen 5 Terpantas Pernah Ada, SSD Baharu Sandisk Ini Capai Kelajuan 14,900 MB/s

Sumber: SamMobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY