Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selamat Tinggal Bahan Pendingin: Teknologi Penyejukan Baharu Samsung Mungkin Ubah Masa Depan Peti Ais

Selamat Tinggal Bahan Pendingin: Teknologi Penyejukan Baharu Samsung Mungkin Ubah Masa Depan Peti Ais

Diterbitkan Mei 28, 2025 · Dikemas kini Mei 28, 2025 oleh ariff bukhari

Samsung Electronics dan Johns Hopkins Applied Physics Laboratory (APL) telah menerbitkan kajian bersama dalam jurnal Nature Communications bagi memperkenalkan teknologi penyejukan Peltier generasi baharu.

Menggunakan bahan semikonduktor nipis hasil kejuruteraan nano, mereka berjaya membangunkan peti sejuk Peltier berprestasi tinggi yang mengatasi kecekapan penyejukan sistem mampatan wap tradisional.

Peranti Peltier mencapai penyejukan menerusi kesan Peltier (Peltier effect), dengan mengenakan aliran elektrik kepada semikonduktor menyebabkan satu sisi menjadi sejuk dan sisi yang lain menjadi panas.

Selamat Tinggal Bahan Pendingin: Teknologi Penyejukan Baharu Samsung Mungkin Ubah Masa Depan Peti Ais
Kesan Peltier diambil bersempena nama Jean Charles Peltier, seorang ahli fizik Perancis pada tahun 1834 yang menemui kesan termoelektrik semasa menjalankan penyelidikannya tentang elektrik.

Oleh kerana ia tidak memerlukan bahan pendingin, kaedah ini semakin popular sebagai alternatif generasi hadapan kepada bahan pendingin, tapi menawarkan kawalan suhu yang cepat dan tepat serta reka bentuk yang lebih ringkas.

Ia berpotensi digunakan secara meluas dalam peralatan rumah, semikonduktor, peranti perubatan, elektronik automotif dan pusat data.

Melalui nanofabrikasi, pasukan penyelidik berjaya meningkatkan kecekapan sehingga 75% dan mengurangkan penggunaan bahan Peltier kepada 1/1000 berbanding kaedah tradisional.

Penemuan ini sekali gus membuka jalan kepada pengeluaran secara besar-besaran produk masa depan yang lebih menjimatkan kos dan mesra alam.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Empat Gergasi Telefon China Seragamkan Pengecasan Pantas Dengan UFCS 2.0
  • Jemaah Haji Di Masjidil Haram Kini Dibantu Robot AI

Sumber: Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY