Peranti yang menggunakan nombor model SM-G965U1 yang dipercayai untuk model Galaxy S9+ telah mendapat mata sebanyak 2,422 untuk teras tunggal dan 8,351 mata untuk pelbagai teras. Ini merupakan peningkatan mata berbanding peranti S8 yang masing-masing mendapat mata sebanyak 1,956 dan 6,433 untuk teras tunggal dan pelbagai teras.
Galaxy S9+ dilihat menggunakan cip terbaru dari Qualcomm, Snapdragon 845 serta ruang memori RAM sebesar 6GB. Ciri-ciri lain pula adalah Samsung akan mengekalkan rekaan paparan Infinity untuk peranti terbaru ini dan menambah kapasiti bateri sekurang-kurangnya lebih dari 3,000 mAh yang terdapat di Galaxy S8.
Belum ada tarikh rasmi dan di mana Samsung akan melancarkan peranti terbaru mereka. Ada yang mengatakan yang ia akan dilancarkan di CES 2018 yang akan berlangsung pada 9 Januari tahun depan. Apa-apa pun kita nantikan buah tangan terbaru dari Samsung nanti.
Berkaitan
- Telefon 'Flagship' Apple Dari 2015 Terjual Lebih Banyak Dari Samsung
- Samsung Mengeluarkan Video Berkenaan Acara Mereka Pada 23 Ogos
- Samsung Galaxy Note 9 Mungkin Keluar Lebih Awal Dari Biasa
- Apple Inc. Dapatkan Pembekal Kedua Skrin Paparan LED Selain Samsung
- Samsung Mungkin Perkenal Cip Exynos Dengan GPU AMD Julai Ini
- Galaxy S9 Dan S9+ Akan Tampil Dengan Skrin Paparan 90%
- Galaxy A22 5G Mungkin Datang Dengan Spesifikasi Ini
- eUFS Samsung Memberi Ruang Simpanan Telefon Pintar Anda Sehingga 512GB
- Tiga Jenama Ini Akan Guna Paparan OLED Boleh Lipat Dari Samsung
- Modul Kamera Galaxy S9 Tertiris Membayangkan 2 Peranti Dengan Keupayaan Berbeza