Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Samsung Note 8 Tidak Lagi Berfungsi Selepas Kehabisan Bateri

Posted on Disember 28, 2017

Samsung sedaya upaya cuba melupakan insiden peranti Galaxy Note 7 mereka satu ketika dahulu. Samsung Galaxy Note 8 dilancarkan dan tiada masalah serupa dilaporkan bagi pengguna Note 8.

Namun mungkin satu masalah pula yang timbul bagi sesetengah pengguna Galaxy Note 8. Mereka mendakwa yang peranti tersebut berhenti berfungsi setelah bateri peranti telah habis digunakan.

Walaupun setelah peranti tersebut telah dicaj sepenuhnya, ia masih tidak dapat dihidupkan tanpa ada apa-apa tindak balas. Untuk mengeruhkan keadaan, pihak Samsung telah menggantikan unit yang terlibat dengan unit diperbaharui. Memandangkan Galaxy Note 8 baru berusia 3 bulan di pasaran, warranti peranti seharusnya membolehkan pelanggan mendapatkan unit yang baru dari Samsung. Setakat ini, hanya unit dari pasaran Amerika Syarikat sahaja yang dilaporkan terjejas.

Sekarang ini tiada penyelesaian dapat dicapai mengenai masalah ini dan pihak Samsung masih lagi mencari punca permasalah ini samada dari segi perkakasan atau perisian. Sekiranya masalah ini berpunca dari perisian, kemaskini seterusnya boleh memperbaiki masalah ini dan jika tidak, peranti sepatutnya dikembalikan kepada Samsung.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress