Sempena tahun 2020.
Khabar angin tentang model telefon premium Samsung untuk tahun hadapan sudah pun kedengaran sejak akhir-akhir ini.
Antaranya termasuklah ia akan dimuatkan dengan saiz bateri berkapasiti 5,000mAh, akan dilengkapi dengan kamera periskop, akan hadir dalam 3 saiz paparan skrin iaitu 6.4 inci 6,7 inci dan 6.9 inci serta, rekaan awal yang terdedah.
Kini terdapat satu lagi khabar angin tentang model telefon premium terbaru Samsung akan datang iaitu berkenaan dengan namanya pula.
Sempena tahun 2020, Samsung dikhabarkan tidak akan menamakan barisan peranti premium mereka dengan nama Galaxy S11. Tetapi sebaliknya akan dinamakan sebagai Galaxy S20.
Ia didedahkan oleh pengguna Twitter Ice Universe yang memang diketahui mempunyai rekod baik dalam membawakan berita khabar angin.
https://twitter.com/UniverseIce/status/1209469610296086528?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1209469610296086528&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.xda-developers.com%2Fsamsung-galaxy-s11-could-be-galaxy-s20%2F
Cuma buat masa ini, masih diketahui secara jelas sama ada benarkah Samsung akan menamakan barisan model premium Galaxy kepada S20 atau mengekalkan legasi turutan nombor dari S10 kepada S11 tahun hadapan.
Sumber: XDA Developers
Berkaitan
- Skor Kamera Dan Paparan HONOR Magic5 Pro Atasi iPhone 14 Pro Max Dan Galaxy S23 Ultra - DxOMark
- Penyelidik Mendakwa Terdapat Kecacatan Keselamatan Kritikal Pada 100 Juta Telefon Pintar Samsung
- Kemas Kini Akan Datang Betulkan Isu "washed out" Skrin Galaxy S24
- 50 Juta Unit Telefon Pintar Samsung Dilaporkan Tidak Terjual
- Samsung Galaxy S22 Jadi Telefon Pintar Standard Pertama Buat Panggilan Melalui Satelit
- Galaxy Z Fold3 Dan Flip3 5G Boleh Dipra Tempah Dari 19 Ogos Hingga 21 September 2021
- Samsung Lepaskan Kemas Kini Bulan Julai 2023
- Samsung Galaxy Membuatkan Kami Lebih Gembira Berbanding iPhone - Pengguna A.S
- Mampu Pindah Data Selaju 12.4Gbps, Storan Generasi Ke-8 Samsung V-NAND Mula Dikilangkan Secara Besar-Besaran
- Jualan iPhone XR Menewaskan Oppo, Samsung, Xiaomi Dan Huawei