Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Menafikan Dakwaan Mengurangkan Prestasi Telefon Model Lama

Samsung Menafikan Dakwaan Mengurangkan Prestasi Telefon Model Lama

Diterbitkan Januari 22, 2018 ยท Dikemas kini Januari 22, 2018 oleh Helmi Samsuri

Baru-baru ini, pihak berkuasa anti monopoli (AGCM) dari Itali mendakwa Apple dan Samsung sengaja memperlahankan telefon pintar model lama menerusi kemaskini perisian.

Perkara itu telah diumumkan oleh badan undang-undang pengguna tersebut pada 18 Januari lepas, dan pada hari yang berikutnya, 19 Januari, Samsung telah mengeluarkan kenyataan menafikan perkara tersebut.

“Samsung tidak menyediakan kemaskini perisian yang boleh mengurangkan prestasi telefon pintar sepanjang kitaran hayat peranti. Kami akan memberi kerjasama penuh kepada Pihak Berkuasa Pasaran dan Persaingan Itali untuk memperjelaskan perkara itu.” jelas Samsung pada Jumaat lepas.

Ini merupakan kali pertama Samsung dilanda dengan tuduhan sedemikian dan ia mungkin merencatkan sedikit pelancaran Samsung Galaxy S9 yang diramalkan berlangsung bulan hadapan.

Sumber: Nikkei Asian Review

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY