Samsung Membalas Aduan Pelanggan Mengenai Peranti Samsung Galaxy Note 8

Samsung telah mengakui mengenai masalah bateri yang membelenggu siri Galaxy Note mereka dan kali ini untuk Galaxy Note 8. Pelanggan di United Kingdom mula menyedari yang sesetengah Galaxy Note 8 mereka tidak berfungsi selepas kehabisan bateri.

Ini terjadi selepas beberapa laporan diterima oleh pengguna di Amerika Syarikat yang menghadapi masalah yang sama.

Samsung Galaxy Note 8 mempunyai dua pilihan cip SoC dimana SoC Qualcomm Snapdragon 835 kebanyakkannya untuk peranti di Amerika Syarikat dan SoC Exynos 8895 dipasarkan untuk pasaran Eropah dan Asia termasuk Malaysia.



Divisyen Samsung di Jerman pula telah menerima beberapa laporan mengenai masalah pengecasan peranti mereka dan Samsung mengambil serius perkara ini.

Masih tidak dapat dipastikan lagi berapa banyak peranti Galaxy Note 8 yang terjejas dengan masalah pengecasan bateri dan pihak Samsung tidak dapat memberi komen penuh sebelum mendapat maklumat penuh mengenai peranti yang terjejas.

Untuk pengguna Malaysia yang menghadapi masalah yang sama, bolehlah menghubungi talian Samsung Malaysia di 1 800 22 8899.

Sumber