Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Keluarkan 4 Video Acah Galaxy S9, Memfokuskan Ciri Kamera

Samsung Keluarkan 4 Video Acah Galaxy S9, Memfokuskan Ciri Kamera

Diterbitkan Februari 15, 2018 oleh Helmi Samsuri

Tinggal seminggu lebih sahaja lagi peranti flagship Samsung Galaxy S9 dan S9+ akan dilancarkan. Menjelang hari pelancaran itu, Samsung telah menghasilkan empat video acah yang membayangkan kemampuan siri Galaxy S terbaru ini.

Tiga daripada empat video acah berkenaan dimuat naik pada laman saluran YouTube Samsung Mobile Korea dan sebuah lagi video dimuat naik pada Twitter oleh Presiden Samsung Itali, Carlo Barlocco.

Video pertama dilihat menceritakan tentang kelajuan. Berbalik pada laporan tentang tertirisnya kotak jualan S9 sebelum ini, video dibawah mungkin merujuk kepada salah satu ciri – Super Slow-mo atau Super Speed.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=15&v=JRncyWWBbQY

Video kedua pula memperlihatkan waktu malam dan apabila gambar rusa diambil, ia menjadi cerah. Ini mungkin menunjukkan kamera S9 mampu menghasilkan gambar yang baik walaupun pada keadaan pencahayaan rendah.

https://www.youtube.com/watch?v=GFNwvbgJUlE

Video ketiga berkaitan dengan kamera hadapan yang mana khabar angin sebelum ini menyebut ia menggunapakai lensa 8MP dengan ciri autofokus.

Berdasarkan video, Samsung seakan-akan mahu mengetengahkan ciri emoji 3D sama seperti apa yang dilakukan Apple pada iPhone X.

https://www.youtube.com/watch?v=GthDneoSuSI

Terakhir sekali adalah video dari Presiden Samsung Itali dan ia sekali menuju kearah ciri emoji 3D.

https://twitter.com/CarloBarlocco/status/963739282061058048?ref_src=twsrc%5Etfw&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.androidpolice.com%2F2018%2F02%2F14%2Fsamsung-releases-four-new-galaxy-s9-teaser-videos-focusing-reimagined-camera%2F

Sumber: Sammobile dan Android Police

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY