Kotak Jualan Peranti Samsung Galaxy S9 Tular Di Media Sosial

Pada CES 2018, CEO Samsung Mobile telah mengesahkan yang peranti mereka akan datang, Samsung Galaxy S9 akan diumumkan pada bulan hadapan. Tarikh akhir masih tidak diumumkan tetapi ramai menjangkakan Galaxy S9 akan diumumkan di Mobile World Congress (MWC) yang akan diadakan pada akhir bulan Febuari di Barcelona, Sepanyol.

Dalam perkembangan yang sama, satu imej yang dikongsi di Reddit mendedahkan gambar yang seakan-akan kotak yang digunakan Samsung untuk peranti telefon pintar mereka.



Diingatkan yang gambar diatas dikaitkan dengan model Galaxy S9 dan bukan S9+. Terlihat beberapa spesifikasi yang seiring dengan khabar angin yang kita dengar sebelum ini iaitu ruang RAM sebesar 4GB dan juga speaker stereo. Spesifikasi lain seperti penarafan IP68 dan juga pengimbas iris telah wujud sebelum ini di dalam peranti Galaxy S8.

Spesifikasi kamera pula nampaknya mendapat peningkatan dari segi aperture dimana Galaxy S9 dikhabarkan akan menggunakan aperture f/1.5 berbanding f/1.7 yang digunakan oleh Galaxy S8. Ini bermakna gambar dalam keadaan kurang cahaya boleh diambil oleh S9 adalah lebih baik berbanding S8 jika saiz sensor tidak berubah.

Apa-apa pun kita tunggu dan lihat ketika Samsung Galaxy S9 memunculkan dirinya di khalayak ramai Febuari ini.

Sumber