Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Galaxy S25 Menang Anugerah Kitar Semula Antarabangsa – Ini Apa Yang Buatkan Ia Layak

Galaxy S25 Menang Anugerah Kitar Semula Antarabangsa – Ini Apa Yang Buatkan Ia Layak

Diterbitkan Mei 7, 2025 · Dikemas kini Mei 7, 2025 oleh ariff bukhari

Samsung Electronics memaklumkan mereka dianugerahkan 2025 Design for Recycling® Award oleh Recycled Materials Association (ReMA) atas komitmennya terhadap reka bentuk produk yang lestari.

Majlis penganugerahan itu akan berlangsung pada 14 Mei ini di ReMA Convention, San Diego, California.

Galaxy S25 merupakan peranti pertama Samsung yang menggunakan bahan kobalt dari kitar semula dalam bateri peranti.

Ia mengandungi sejumlah 8 bahan kitar semula termasuklah aluminium, unsur nadir bumi & keluli.

Malah rangka aluminium juga kini diintegrasikan dengan bahan kitar semula beserta kotak pembungkusan yang diperbuat daripada 100% kertas kitar semula dengan menghapuskan penggunaan plastik sekali guna.

Samsung juga memperkenalkan Program baik pulih kendiri yang membolehkan pengguna membaiki peranti sebagai usaha berterusan syarikat itu untuk mengurangkan e-sisa.

Samsung menyasarkan  tenaga boleh diperbaharui 100% menjelang 2027 dengan sekurang-kurangnya mengandungi 1 bahan kitar semula dalam setiap barisan produk mudah alih mereka menjelang 2030.

Siri Galaxy S25 telah pun dilancarkan di Malaysia Januari lalu dengan harga bermula RM3,999.

Beli Samsung Galaxy S25 dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/clmoy89
  • Lazada – https://invl.me/clmoy8g

Berkaitan

  • Bateri Galaxy S25 Mengandungi 50% Kobalt Kitar Semula Dari Bateri Galaxy Terpakai
  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Yamaha MT-09 PHEV — Masa Depan Dua Roda Dah Sampai

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
©2026 WISER.MY