Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bateri samsung

Bateri Galaxy S25 Mengandungi 50% Kobalt Kitar Semula Dari Bateri Galaxy Terpakai

Diterbitkan Januari 23, 2025 oleh ariff bukhari

Samsung Electronics memperluaskan komitmennya terhadap penggunaan sumber semula jadi secara lestari dengan meningkatkan penggunaan bahan kitar semula dalam peranti Galaxy, termasuk kobalt yang merupakan bahan penting untuk bateri.

Selepas Galaxy S24 menjadi peranti pertama menggunakan kobalt kitar semula, Samsung kini mengambil langkah lebih jauh dengan memperoleh kobalt daripada bateri peranti Galaxy terpakai dan sisa bateri dari proses pembuatan.

Samsung telah mewujudkan Rantaian Bekalan Bateri Kitar Semula dengan kerjasama rakan kongsinya, melibatkan proses pelbagai fasa untuk mendapatkan kobalt daripada bateri Galaxy terpakai.

Bateri Galaxy S25 Mengandungi 50% Kobalt Kitar Semula Dari Bateri Galaxy Terpakai

Menerangkan lebih lanjut, Samsung berkata, proses ini bermula dengan mengumpul telefon pintar Galaxy lama, membongkar dan memproses bateri Galaxy terpakai dengan selamat mendapatkan kobalt.

Kemudian, serpihan yang dicincang diproses menjadi “jisim hitam” (“black mass”) iaitu campuran serbuk yang mengandungi kobalt dan logam lain.

Jisim hitam seterusnya menjalani pemprosesan selanjutnya untuk mengekstrak kobalt, yang kemudiannya digunakan untuk menghasilkan bahan katod yang menjadi komponen penting dalam bateri Galaxy S25.

Kobalt yang selebihnya pula akan melalui peringkat akhir proses pembuatan bateri.

Hasilnya, setiap bateri Galaxy S25 kini mengandungi 50% kobalt kitar semula, menandakan kemajuan besar dalam usaha kelestarian Samsung.

Bateri Galaxy S25 Mengandungi 50% Kobalt Kitar Semula Dari Bateri Galaxy Terpakai
Galaxy S25 juga menjadi siri pertama menggunakan bahan kitar semula untuk penghasilan komponen luarannya.

 

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Siri Galaxy S25 Kini Rasmi - Snapdragon 8 Elite for Galaxy, Harga Bermula RM3,999
  • Galaxy S25 Ultra Perkenalkan Corning® Gorilla® Armor 2, Mampu Tahan Jatuh Setinggi 2.2 meter

Sumber: Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
©2026 WISER.MY