Perkembangan terbaru menyatakan model yang menyokong keupayaan 5G akan dilengkapi dengan sistem 6 kamera.
Laman Wall Street Journal dan ET News telah berkongsi maklumat yang menggambarkan sedikit spesifikasi awal bagi barisan peranti siri Galaxy akan datang.
Informasi awal yang dinyatakan adalah model dengan nombor kod SM-G970 (Galaxy S10) dengan paparan 5.8 inci, diikuti dua versi premium, SM-G973x (5.8 inci) and SM-G975x (6.4 inci).
Model keempat yang juga versi 5G pula disebut sebagai Beyond X dijangka pelancarannya pada sambutan ulangtahun ke-10 siri Galaxy itu.
Diramal hadir bersama skrin bersaiz 6.7 inci, ia juga dikatakan akan diperkuatkan dengan sistem 6 kamera (4 belakang 2 hadapan).
Difahamkan juga lensa keempat pada Galaxy S10 itu adalah kamera Time-of-Flight (ToF) yang memberikan penderiaan 3D pada peranti.
Melaluinya, Galaxy S10 boleh menawarkan ciri bantuan sentuhan navigasi dan mencipta kemampuan Augmented Reality (AR).
Tambahan lain,ia juga disebut akan mempunyai ciri pengecasan wayar terbalik mungkin mirip atau lebih baik daripada apa yang terdapat pada Huawei Mate 20 Pro.
Sumber: World Street Journal dan ET News
Berkaitan
- Samsung Perkenal Sero, TV Dengan Paparan Menegak
- Odyssey | Gaming Laptop Pertama Dari Samsung
- Galaxy Z Flip, Telefon Lipat Terbaru Dari Samsung
- Mesin Basuh Samsung Ini Mampu Jimatkan Masa Mendobi Anda
- Samsung Galaxy Note 7 Yang Di Ganti Dilaporkan Terlalu Panas
- Samsung Galaxy A11, Skrin 6.4 Inci Dan Tiga Kamera Belakang
- Selfie Nova 6 5G Kalahkan Galaxy Note 10+ 5G Dalam Carta DxOMark
- Huawei Dilihat Menyindir Samsung Galaxy S10 Disamping Mempromosikan Siri P30
- Samsung Galaxy A40 Dikhabarkan Akan Diperkenal Tidak Lama Lagi
- Pembeli Galaxy Fold Secara Pra-Tempah Ada Dua Pilihan, Tempahan Batal Secara Automatik Atau Kekalkan Belian