Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Samsung Perkenal Sero, TV Dengan Paparan Menegak

Posted on April 30, 2019April 30, 2019

Pada sebuah acara pengenalan yang berlangsung di Seoul, Samsung telah mempertontonkan barisan TV sedia ada, Serif dan Frame bersama-sama sebuah model terbaru dikenali sebagai Sero.

Disebut oleh Samsung sebagai konsep TV yang baru, Sero hadir dengan paparan QLED berukuran 43 inci. Ia bukan sahaja boleh ditonton secara melintang malah mempunyai keupayaan untuk dipusing 90 darjah, menawarkan paparan umpama telefon pintar gergasi.

Samsung menyatakan mereka mahu mempelbagaikan penawaran dalam barisan TV selain mengilhamkan ciri digemari golongan milenial yang sememangnya banyak menggunakan telefon pintar. Apabila dipusingkan, kandungan dalam telefon pintar boleh disambungkan kepada TV tersebut menerusi NFC.

Ia membenarkan paparan kandungan mirip seperti telefon pintar tetapi sanggupkah pengguna membelanjakan wang 1.9 juta won (~RM6749) untuk rekaan seperti ini? Ia bakal ditawarkan dipasaran Korea pada penghujung bulan Mei ini.

Sumber: Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress