Namun beberapa minggu yang lalu, kita telah diberitakan dengan masalah paparan yang dihadapi Galaxy Fold dan syarikat pengeluar itu terpaksa menangguhkan penawarannya termasuk untuk pasaran dalam negara yang sepatutnya dilancarkan 3 Mei lepas. Ia bagaimanapun menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat kerana Samsung tidak menyatakan sebarang tarikh baru untuk pengeluaran peranti boleh lipat tersebut.
Baru-baru ini, pembeli Samsung Galaxy Fold secara pra-tempah di Amerika Syarikat dilaporkan telah menerima e-mel mengenai pembelian mereka.
E-mel menyatakan bahawa Samsung sedang meningkatkan Galaxy Fold supaya menepati piawaian tertinggi pengeluar. Selain daripada itu, sekiranya pembeli tidak memberi maklum balas untuk meneruskan pembelian atau penghantaran peranti tidak dibuat pada 31 Mei 2019, pra-tempahan itu akan terbatal secara automatik.
Ini sedikit-sebanyak mencalarkan reputasi Samsung dan ramai tertanya-tanya, adakah pasaran sudah bersedia menerima kedatangan peranti boleh lipat?
Sumber: Droid Life
Berkaitan
- Wanita Saman Samsung Selepas Galaxy Note 9 Miliknya Didakwa Meletup Dalam Beg Tangan
- Samsung Patenkan Rekaan Telefon Lutsinar
- Odyssey | Gaming Laptop Pertama Dari Samsung
- Samsung Galaxy A31 Tiba Di Malaysia Dengan Harga RM1099
- Samsung Patenkan Teknologi Baju Pintar, Boleh Pantau Paru-Paru Menggunakan Sensor
- Samsung Cipta Bateri Yang Mampu Dicas Penuh Dalam Masa 12 Minit
- Samsung Selesa Ungguli Pasaran Telefon Pintar Malaysia Untuk Suku Ketiga 2019
- Gambar Ini Dikatakan Imej Rasmi Samsung Galaxy Note 10
- Ini Yang Dilakukan Samsung Untuk Atasi Masalah Paparan Galaxy Fold
- Sensor Cap Jari Galaxy S10 Didakwa Boleh Di Imbas Cap Jari Yang Tidak Didaftarkan