Selfie Nova 6 5G Kalahkan Galaxy Note 10+ 5G Dalam Carta DxOMark

Huawei Nova 6 5G raja selfie baru

Kategori selfie sudah mula diperkenalkan dalam carta penanda aras DxOMark sejak Januari yang lalu. Melaluinya, pengguna dapat melihat perbezaan kamera hadapan setiap peranti yang diuji mereka.

Setakat ini, carta tersebut sudah memaparkan skor selfie untuk 20 peranti yang mana jumlah tertinggi direkodkan oleh Samsung Galaxy Note 10+ 5G dengan 99 markah. Kini nampaknya gelaran raja selfie akan berpindah milik dimana skor keseluruhan Huawei Nova 6 5G mencecah 100 markah.

Peranti ini masih belum dilancarkan rasmi saat artikel ini ditulis, namun DxOMark telahpun mengeluarkan laporan penuh mengenai ujian kamera selfie bagi Nova 6 5G. Seperti yang telah diperdengarkan sebelum ini, peranti dari Huawei ini dilengkapi dengan dwi kamera selfie. Lensa tersebut adalah 32MP (f/2.2) dan 8MP sensor untuk rakaman sudut luas.



Markah keseluruahan 100 yang dicatat oleh peranti Huawei ini adalah hasil daripada dua sub-kategori iaitu Foto dengan markah 105 dan 93 untuk markah video.

Menurut DxOMark, kamera selfie peranti ini memperlihatkan exposeure yang baik pada hampir semua keadaan. Menguatkan lagi tetapan ini adalah pemprosesan HDR memberikan julat dinamik yang luas memberikan pilihan rakaman terbaik pada situasi kontras tinggi.

Hasilan warna, butiran imej serta kawalan hingar yang baik dapat dihasilkan oleh kamera selfie Huawei Nova 6 5G. Ia mempunyai ciri pencantikan wajah namun tidak keterlaluan dan mengekalkan perincian wajah supaya kelihatan lebih semulajadi.

https://www.youtube.com/watch?v=zR376n8Fud8&feature=emb_title

Huawei Nova 6 5G telah dijadualkan pelancarannya pada hari ini dan untuk mengetahui penawaran lebih lanjut, sama-sama kita nantikannya.

Sumber: DxOMark