Odyssey | Gaming Laptop Pertama Dari Samsung

Samsung bukanlah nama besar dalam pengeluaran komputer ataupun laptop. Tetapi kali ini syarikat itu memperlihatkan sesuatu yang agak berani dengan produk terbaru iaitu Samsung Notebook Odyssey yang merupakan laptop gaming pertama keluaran mereka.

Odyssey menggunakan GPU Nvidia GTX siri 10 dan ditawarkan dalam 2 model; Odyssey 15 dan Odyssey 17 yang masing-masing akan dilengkapi dengan skrin paparan 15.6 inci dan skrin paparan 17 inci disertakan dengan lapisan anti silau.

samsung-notebook-odyssey-ces2017-03

Pemproses yang bakal digunakan pada Odyssey 15 adalah Core i7 generasi ke-7 Kaby Lake disamping RAM 32 GB, GPU GTX 1050 serta kapasiti simpanan SSD 256 GB dan memori HDD 1TB. Manakala Odyssey 17 menawarkan RAM 64 GB dengan SSD 512 GB yakni dua kali ganda lebih besar berbanding Odyssey 15. Walaubagaimanapun masih belum dapat dipastikan lagi unit pemproses grafik yang digunakan model ini.

Kapsyen: Kredit: GSM Arena


Selain dilengkapi dengan RAM dan kapasiti simpanan yang lebih besar, Odyssey 17 juga menawarkan tahap kecerahan skrin yang lebih tinggi. Ia juga memiliki papan kekunci backlit berwarna-warni dimana model Odyssey 15 hanya terdapat backlit berwarna merah sahaja.

Model Odyssey 15 akan dijual sekitar ~RM 5363 dan mula dipasarkan pada Februari 2017. Harga Odyssey 17 masih belum didedahkan kepada umum dan dijangka dipasarkan pada April 2017.

Sumber: Tech Vibes, GSM Arena