Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Dilihat Menyindir Samsung Galaxy S10 Disamping Mempromosikan Siri P30

Huawei Dilihat Menyindir Samsung Galaxy S10 Disamping Mempromosikan Siri P30

Diterbitkan Februari 25, 2019 oleh Helmi Samsuri

Tahun lalu, Huawei mengejutkan kita semua apabila berjaya memintas Apple buat pertama sekali dalam pengeluaran telefon pintar untuk suku kedua 2018.

Namun begitu, bagi pengeluaran sepanjang 2018 pula memperlihatkan Samsung dan Apple masih kekal mendominasi pasaran, sementara Huawei kekal mengekori rapat ditangga ketiga sepertimana yang digarap dari laporan IDC.

Jika minggu lalu kita telah melihat Samsung memperkenalkan siri Galaxy S dan Galaxy Fold , semalam kita telah dihidangkan dengan pengumuman Huawei berkenaan telefon pintar boleh lipat mereka. Tetapi, terdapat satu lagi majlis pelancaran yang ditunggu-tunggu ramai iaitu Huawei P30, dijadualkan berlangsung pada 26 Mac depan.

Bagi mempromosikan peranti flagship terbabit, Huawei telah berkongsikan beberapa video acah dan ia dilihat umpama menyindir Samsung Galaxy S10.

The countdown to the next big thing is on. Join us 26.03.2019. #RewriteTheRules #HUAWEIP30 pic.twitter.com/bkEJJdt3vm

— Huawei Mobile (@HuaweiMobile) February 20, 2019

Seperti yang boleh dilihat pada video diatas, ia menunjukkan huruf “S” (didakwa merujuk kepada siri Galaxy S) yang ditebalkan pada perkataan “Standard”. Seterusnya, perkataan yang menggunakan awalan “P” pula silih berganti, menggambarkan ciri yang terdapat pada siri P dari syarikat pengeluar China itu.

Menguatkan lagi perkara ini adalah latarbelakang video sangat mirip dengan poster pelancaran Galaxy S10.

Good things come in threes. Better late than never. Leica Triple Camera on the #HUAWEIMate20 Series. pic.twitter.com/VWRkBlFOcV

— Huawei Mobile (@HuaweiMobile) February 20, 2019

Satu lagi perkongsian menyindir tentang tetapan 3 kamera yang baru sahaja tampil pada keluaran Samsung terbaru ini.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY