Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mesin Basuh Samsung Ini Mampu Jimatkan Masa Mendobi Anda

Mesin Basuh Samsung Ini Mampu Jimatkan Masa Mendobi Anda

Diterbitkan Mac 25, 2019 · Dikemas kini Mac 26, 2019 oleh Helmi Samsuri

Pada forum Samsung bagi rantau Asia Tenggara dan Ocenia 2019, syarikat pengeluar itu turut mengumumkan kehadiran mesin basuh WW7800M QuickDrive.

[2019 SEAO Forum] Product 4

Melalui teknologi QuickDrive, ia menjanjikan 50% penjimatan bagi masa membasuh dan mampu  menjimatkan tenaga sehingga 20%.

Tidak seperti mesin basuh yang lain, WW7800M dilengkapi dengan ruang basuh yang mana bukan sahajamenggerakkan pakaian dari atas kebawah malah kehadapan dan kebelakang. Gerakan yang lebih dinamik ini dikatakan mampu membuang kotoran untuk hasil cucian yang lebih baik.

Mesin Basuh Samsung Ini Mampu Jimatkan Masa Mendobi Anda

 

Dari segi ketahanan pula, ia sudah menjalani lebih dari 150 rutin ujian merangkumi ujian suhu pada tahap esktrim dan ujian tutup pintu 20,000 kali bagi menjamin ketahanan pada penggunaan yang lebih kerap.

Melengkapkan lagi produk ini adalah ciri berteraskan internet kebendaan (IoT) yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI), Q Rator. Tiga ciri pintar yang diterapkan ciri ini adalah…

  • Laundry Planner
    • Membolehkan pengguna mengurus waktu basuh mengikut keselesaan mereka.
  • Laundry Recipe
    • Mencadang basuhan secara automatik yang bersesuaian mengikut infomarsi pakaian yang dimasukkan pengguna seperti warna dan jenis fabrik.
  • HomeCare Wizard
    • Pantau basuhan secara dari jarak jauh, ia akan memberi amaran kepada pengguna jika terdapat sebarang isu disamping memberikan sokongan pantas untuk penyelesaian masalah.

Terdapat juga ciri AddWash yang memberikan keupayaan kepada pengguna menambah sebarang pakaian, sabuh basuh atau pelembut fabrik ketika proses basuhan sedang dijalankan.

Pameran mesin basuh ini pada Samsung SEAO Forum 2019, menandakan pelancarannya secara rasmi untuk rantau Asia Tenggara. Walaupunbegitu, harga serta tarikh penawaran untuk jualan pasaran tempatan belum diumumkan lagi.

https://www.youtube.com/watch?v=lk-eXybYDsg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY