Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy A9 2018 – Peranti Bermata Empat Pertama Di Dunia Diperkenalkan Secara Rasmi

Samsung Galaxy A9 2018 – Peranti Bermata Empat Pertama Di Dunia Diperkenalkan Secara Rasmi

Diterbitkan Oktober 11, 2018 · Dikemas kini Oktober 11, 2018 oleh Haikel Areff

Samsung telah mengadakan satu majlis Unpacked di Kuala Lumpur sebentar tadi. Dalam acara tersebut, Samsug telah memperkenalkan telefon pintar dengan empat kamera utama pertama di dunia, Samsung Galaxy A9 2018.

WhatsApp Image 2018-10-11 at 18.21.02Menurut spesifikasi yang didedahkan, peranti ini hanya diberitahu akan menggunakan sistem cip lapan teras( 4x 2.2GHz + 4x 1.8GHz) dengan sokongan memori sebesar 6GB RAM.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan simpanan dalaman sebesar 128GB disamping slot kad mikroSD sehingga 512GB berasingan. Ini bermakna pengguna boleh menggunakan dua kad sim bersama satu kad mikroSD. WhatsApp Image 2018-10-11 at 18.21.01Beralih ke kamera empat lensanya pula. Spesifikasi lensa-lensa berkenaan adalah seperti berikut :

  • 24MP f/1.7(kamera utama)
  • 10MP f/2.4(kamera telefoto)
  • 8MP f/2.4(kamera sudut lebar)
  • 5MP f/2.2(kamera depth)

Antara spesifikasi lain bagi Samsung Galaxy A9 2018 ini pula ialah penggunaan skrin SuperAMOLED FHD+ bersaiz 6.3-inci, penjanaan bateri 3,800mAh dan sistem operasi Android 8.0 Oreo.Samsung Galaxy A9 2018 – Peranti Bermata Empat Pertama Di Dunia Diperkenalkan Secara RasmiPihak Samsung Galaxy A9 2018 ini akan dilancarkan secara rasmi pada bulan November nanti dengan tiga variasi warna iaitu Caviar Black, Lemonade Blue dan Bubblegum Pink. Bagaimanapun, harga jualan masih belum diumumkan lagi.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY