Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Galaxy A06_3

Samsung Lancarkan Telefon Pintar Mampu Milik, Galaxy A06 Pada Harga RM449

Diterbitkan September 5, 2024 · Dikemas kini September 5, 2024 oleh Amalina Athman

Samsung Malaysia mengumumkan kehadiran telefon pintar terbaru mampu milik, Galaxy A06.

Galaxy A06 menampilkan skrin 6.7-inci PLS LCD dengan resolusi HD+ dan sokongan kadar segar semula 60Hz.

Ia dikuasakan cip pemproses Helio G85 dengan gandingan 4GB RAM dan 128GB storan. Terdapat juga slot kad mikroSD untuk penambahan storan sehingga 1TB.

Ia juga dilengkapi kamera belakang 50MP+ 2MP dan lensa swafoto  8MP.

Galaxy A06_1

Bagi menghidupkan peranti, Galaxy A06 dibekalkan kapasiti bateri 5,000mAh bersama sokongan pengecasan 25W.

Dari segi keselamatan, peranti ini dilengkapi Samsung Knox Vault serta menyokong naik taraf 2 sistem operasi dan 4 tahun kemas kini keselamatan.

Galaxy A06_2

Tiga pilihan warna tersedia iaitu Light Green, Black dan Light Blue.

Harga dan ketersediaan

Galaxy A06 Launch KV (1)

Di Malaysia, Galaxy A06 ditawarkan pada harga RM449.

Untuk tempoh terhad, ia turut menyediakan hadiah percuma seperti pengecas 25W (6 – 30 September 2024) dan jaminan lanjutan 1 tahun (6 September – 31 Disember 2024) .

  • Beli produk Samsung di Shopee: https://invl.io/cllnhm6
  • Beli produk Samsung di Lazada: https://invol.co/cllnhma

Berkaitan

  • Ini Senarai Telefon Samsung Galaxy Yang Akan Terima Kemas Kini OneUI 6.1.1
  • Galaxy Watch FE Kini Tersedia Di Malaysia, Berharga RM799
  • Rekaan Samsung One UI 7 Diperlihat
  • Telefon Kelas Pertengahan Samsung Dijangka Terima Galaxy AI Tak Lama Lagi

Sumber: Siaran Media Samsung Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY