Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Galaxy Watch FE Malaysia_1

Galaxy Watch FE Kini Tersedia Di Malaysia, Berharga RM799

Diterbitkan Julai 19, 2024 oleh Amalina Athman

Samsung pada bulan lalu telah melancarkan jam pintar permulaan, iaitu Galaxy Watch FE untuk pasaran global. Terbaharu, Samsung Malaysia hari ini mengumumkan ketersediaan jam pintar itu untuk pasaran tempatan.

Untuk pasaran Malaysia, Galaxy Watch FE tersedia dalam saiz 40mm dengan model Bluetooth sahaja. Paparan Super AMOLED bersaiz 1.2-inci dengan binaan aluminium. Tiga pilihan warna ditawarkan iaitu Black, Pink Gold dan Silver.

Antara lainnya, ia dilengkapi bateri 247mAh, sokongan Bluetooth 5.3, Wi-Fi, NFC, GPS, penarafan IP68 dengan rintangan air 5ATM serta menjalankan One UI 5 Watch.

Galaxy Watch FE Malaysia_2

Pengguna boleh mendapatkan Galaxy Watch FE pada harga RM799, mulai 19 Julai 2024. Sepanjang tempoh promosi dari 19 Julai hingga 31 Ogos 2024, pengguna juga boleh mendapatkan diskaun tambahan RM150 apabila membuat pembelian Galaxy Watch dalam talian melalui laman web Samsung dengan setiap peranti Samsung terpilih.

Selain di laman web Samsung, pengguna juga boleh membuat pembelian Galaxy Watch FE melalui Shopee.

Sumber: Samsung Newsroom Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Samsung Perkenal Jam Pintar Kelas Permulaan, Galaxy Watch FE
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY