Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung HQ

Samsung Electronics Kekal Sebagai Jenama Global 5 Teratas Buat Kali Kelima Berturut-Turut

Diterbitkan Oktober 16, 2024 · Dikemas kini Oktober 16, 2024 oleh ariff bukhari

Samsung Electronics Co., Ltd. hari ini mengumumkan bahawa mereka sekali lagi telah diiktiraf oleh Interbrand, sebuah perundingan jenama global, sebagai jenama “Global Top 5” untuk tahun kelima berturut-turut.

Samsung berkata, peningkatan ketara nilai jenama Samsung Electronics didorong oleh pertumbuhan dalam industri AI, terutamanya kepimpinannya dalam AI pada peranti dan daya saing dalam sektor semikonduktor.

“Pertumbuhan jenama yang ketara tahun ini adalah hasil langsung daripada pendekatan holistik kami terhadap AI dan usaha untuk meletakkannya teknologi berkuasa ke tangan pengguna Samsung di seluruh dunia,” YH Lee, Presiden dan
Ketua Pejabat Pemasaran Global di Samsung Electronics.

Menurut Interbrand, penilaian Samsung Electronics dipengaruhi secara positif oleh perkara berikut:

  • Penggunaan teknologi AI dalam produk utama dan kepimpinan dalam pasaran AI pada peranti
  • Pengalaman bersambung yang dipertingkatkan melalui platform dan produk yang didayakan AI
  • Kepimpinan AI berdasarkan daya saingnya dalam sektor semikonduktor
  • Melaksanakan strategi jenama yang konsisten di pasaran global
  • Komitmen berterusan untuk masa depan yang lebih mampan

Samsung dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan laporan Interbrand, nilai jenama Samsung mencecah $100.8 bilion dan meningkat sebanyak 10% tahun ke tahun.

Berkaitan

  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Samsung Mohon Maaf Kepada Semua Kerana Kurang Inovasi
  • Beralih Ke EV Akan Menyebabkan Kehilangan Pekerjaan - Pengerusi Toyota

Sumber: Siaran media Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY