Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Disebabkan Serangan Siber, Toyota Tutup Kilang Di Jepun Hari Ini

Beralih Ke EV Akan Menyebabkan Kehilangan Pekerjaan – Pengerusi Toyota

Diterbitkan Oktober 16, 2024 · Dikemas kini Oktober 16, 2024 oleh ariff bukhari

Peralihan kepada kenderaan elektrik (EV) pada masa depan bukan sahaja akan membawa kepada kehilangan pekerjaan dalam kalangan mereka yang telah mengusahakan teknologi berkaitan enjin, tetapi termasuk kepada pembekal dalam sektor itu, kata Pengerusi Toyota Motor, Akio Toyoda.

“Terdapat 5.5 juta orang yang terlibat dalam industri automotif di Jepun. Antaranya ialah mereka yang telah lama melakukan (kerja) berkaitan enjin,” Akio Toyoda.

Beliau berkata, “Jika kenderaan elektrik hanya menjadi satu-satunya pilihan, termasuk untuk pembekal kami, pekerjaan mereka akan hilang,” katanya, sambil menambah dia suka kenderaan petrol.

Toyota diketahui memang lebih berhati-hati dalam pendekatannya terhadap EV berbanding pembuat lain di mana ia mendapat manfaat daripada permintaan untuk barisan hibridnya yang berkembang, termasuk di pasaran utamanya Amerika Syarikat.

Toyota memperjuangkan apa yang dipanggilnya strategi “pelbagai laluan” ke arah pelepasan karbon sifar merangkumi EV, hibrid, kenderaan sel bahan api hidrogen dan teknologi rangkaian kuasa lain.

Pada Januari lalu, Toyoda berkata EV akan menyumbang 30% daripada pasaran automotif global, dengan hibrid, sel bahan api hidrogen dan kenderaan pembakaran bahan api membentuk selebihnya.

Walau bagaimanapun, beliau tidak menyatakan jangka masa untuk ramalan itu.

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Ini Aplikasi Pemanduan Yang Paling Cepat Habiskan Bateri Telefon Pintar - Analisis
  • Apple Umum iPad Mini Dengan Cip A17 Pro, Harga Bermula RM2199

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY