Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
samsung HQ

Samsung Mohon Maaf Kepada Semua Kerana Kurang Inovasi

Diterbitkan Oktober 9, 2024 · Dikemas kini Oktober 9, 2024 oleh ariff bukhari

Sebagai respon terhadap kritikan yang diterima mereka berkaitan prestasi yang mengecewakan dalam pelbagai divisyen syarikat itu, Samsung hari ini mengutus surat yang ditujukan khusus kepada semua meliputi pelanggan, pelabur, dan eksekutif serta pekerja mereka.

Samsung dalam kenyataannya berkata,

“Prestasi itu tidak memenuhi jangkaan pasaran, menyebabkan kebimbangan mengenai daya saing teknologi asas syarikat dan masa depan syarikat. Ramai orang bercakap tentang krisis Samsung. Semua tanggungjawab ini terletak pada kami sebagai pemimpin perniagaan.”

Namun begitu Samsung menyatakan, walaupun mereka kini menghadapi situasi yang sukar, tetapi pengurusan mereka bertekad untuk menjadikannya peluang untuk berkembang lagi.

Samsung menegaskan, fokus utama mereka adalah untuk memperkuat daya saing teknologi dan kualiti, yang dianggap sebagai asas dan kebanggaan syarikat itu.

Samsung juga memaklumkan akan memperbaiki budaya organisasi melalui komunikasi terbuka dan memperbaiki masalah dalaman yang dialami mereka.

Samsung telah berdepan dengan kritikan dari pelbagai sudut meliputi  pelanggan, pencabar malah dari dalam syarikat itu sendiri ekoran pelancaran produk yang didakwa kurang inovasi serta meniru pesaing.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • Samsung Dilapor Buang Ribuan Pekerja Di Asia Tenggara, Australia
  • Samsung Lancar Telefon Kelas Bajet Galaxy A16 5G, Sokong Kemas Kini 6 Tahun

Sumber: Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY