Samsung Electronics Berjaya Menghasilkan Cip DRAM Terkecil Di Dunia

Samsung Electronics, pengeluar komponen elektronik untuk kebanyakkan syarikat terkenal lain seperti Apple, Sony, HTC dan Nokia telah maju selangkah lagi dengan pengumuman cip memori DRAM mereka yang didakwa paling kecil di dunia.



Syarikat yang berpengkalan di Korea Selatan itu telah menghasilkan cip 8-gigabit DDR4 RAM yang menggunakan teknologi penghasilan 10-nanometer. Cip itu memberi 15% lebih effisen dalam bentuk kuasa dan berfungsi lebih 10% lebih pantas dari cip generasi pertama.



Samsung juga mendakwa yang produktiviti untuk cip mereka juga meningkat sebanyak 30%. Mereka tidak menggunkan proses fabrikasi terbaru dari sebelum ini tetapi menambah sedikit teknologi baru dalam pembuatan mereka. Ini bermakna RAM untuk komputer anda mungkin lebih murah dan mudah didapati pada masa akan datang.