Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TV Samsung Terus Dominasi Pasaran Global 19 Tahun Berturut-Turut

TV Samsung Terus Dominasi Pasaran Global 19 Tahun Berturut-Turut

Diterbitkan Jun 9, 2025 · Dikemas kini Jun 9, 2025 oleh ariff bukhari

Samsung Electronics sekali lagi mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju global dalam pasaran televisyen apabila diumumkan sebagai pengeluar TV nombor satu di dunia selama 19 tahun berturut-turut.

Menurut laporan terbaru firma penyelidikan pasaran Omdia, Samsung telah mencatat penguasaan pasaran sebanyak 28.3% pada tahun 2024, mengekalkan kedudukan yang telah mereka pegang sejak tahun 2006.

“Dominasi kami selama 19 tahun berturut-turut sebagai peneraju pasaran TV global adalah hasil daripada kepercayaan dan sokongan pelanggan kami. Kami akan terus membentuk masa depan industri televisyen dengan inovasi seperti TV berkuasa AI, demi memperkaya kehidupan pengguna secara bermakna,” Naib Presiden Eksekutif Bahagian Paparan Visual Samsung, Hun Lee.

Malah Samsung terus memimpin pasaran TV mewah, terutamanya dalam dua kategori utama iatiu:

  • TV Premium (berharga $2,500 ke atas): Samsung menguasai hampir separuh pasaran dunia dengan 49.6% pegangan pasaran global.
  • TV Ultra Besar (75 inci ke atas): Samsung berada di tempat teratas dengan 28.7% pegangan pasaran global untuk TV berskrin besar.

Selain itu, Samsung juga terus berjaya dalam teknologi TV QLED di mana Samsung  menjual 8.34 juta unit, meraih 46.8% pegangan pasaran global dan jualan TV OLED mereka juga menyaksikan peningkatan sebanyak 1.44 juta unit pada tahun 2024, dengan 27.3% pegangan pasaran global.

Inovasi teknologi seperti TV pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI) membolehkan Samsung menyesuaikan kandungan, meningkatkan kualiti gambar secara automatik, dan mengintegrasikan peranti pintar lain di rumah dengan lebih lancar. Ciri-ciri ini telah menjadikan produk Samsung pilihan utama bagi pengguna yang mementingkan gaya hidup digital yang moden dan efisien.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • TV Samsung Kini Pandai Tengok Muka Anda Dan Sesuaikan Gambar Sendiri
  • Samsung Bawa Platform Beli-Belah AI Generatif Ke Galaxy – Tukar Gaya, Beli Terus Dari 'Lockscreen'

Sumber: Samsung Electronics

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kadar Tambang ECRL Diumumkan, Perjalanan Gombak-Kota Bharu Bermula RM125
  • Honda Bangunkan Teknologi Jalan Raya Yang Boleh Cas EV Ketika Bergerak
  • Harga PS6 Mungkin Cecah Lebih AS$1,000 Akibat Kenaikan Kos RAM Dan SSD
  • Dua Anak Sarawak Raih Tempat Kedua Dalam Pertandingan Robotik WRO 2026 Di Croatia
  • Dakwaan Isu Haba Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 Kurang Tepat - Qualcomm
  • OpenAI Dilapor Tawar Gaji Sehingga Sekitar RM2.1 Juta Setahun Untuk Kerja Futuristik Ini
  • Penang Port Jadi Pelabuhan Pertama Di Malaysia Guna Rangkaian 5G Persendirian
  • Pesawat Elektrik Berkuasa Solar Rekod Penerbangan Setinggi 9,640 Meter
©2026 WISER.MY