Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung glance AI

Samsung Bawa Platform Beli-Belah AI Generatif Ke Galaxy – Tukar Gaya, Beli Terus Dari ‘Lockscreen’

Diterbitkan Jun 5, 2025 oleh Amsyar Latif

Samsung kini bekerjasama dengan Glance, syarikat teknologi pengguna yang disokong Google, untuk memperkenalkan Glance AI, iaitu sebuah platform beli-belah berkuasa AI Generatif khas untuk pengguna Galaxy di Amerika Syarikat.

Apa yang menarik? Glance AI membolehkan pengguna bayangkan diri sendiri dalam pelbagai gaya pakaian atau lokasi, hanya dengan satu swafoto. Hasil imej akan dijana secara realistik menggunakan teknologi Google Gemini dan Imagen, dan kalau berkenan, boleh terus beli pakaian itu dengan satu tap saja.

Platform ini hadir dalam bentuk aplikasi dan pengalaman skrin kunci (lockscreen). Paling penting, ia pilihan pengguna sepenuhnya (opt-in). Setiap gaya yang dijana boleh disimpan sebagai hias latar (wallpaper) atau dikongsi.

glance AI

Dengan sokongan lebih 400 jenama global, pengguna boleh dapat cadangan berdasarkan trend semasa, acara tempatan, atau promosi kilat.

Semuanya dikawal oleh AI dan disesuaikan untuk pengguna Galaxy.

Menurut Samsung, kerjasama ini bukan sekadar teknologi, tapi satu langkah ke arah menjadikan telefon sebagai pusat gaya dan beli-belah pintar yang sebenar, terus dari skrin utama anda.

Glance AI sudah dilancarkan secara berperingkat untuk model Galaxy termasuk siri S22, S23, S24, dan S25, dan dijangka diperluaskan secara penuh dalam masa 30 hari.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • TV Samsung Kini Pandai Tengok Muka Anda Dan Sesuaikan Gambar Sendiri
  • Samsung Sahkan Kehadiran Telefon Lipat Versi "Ultra"
  • Counterpoint: Ketidaktentuan Tarif Jejas Pertumbuhan Apple Dan Samsung Pada 2025

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY